Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat pemula S'pura bangun pusat kajian AI untuk neurologi di China

Pusat perubatan saraf itu merupakan "pusat latihan perubatan saraf yang terbesar di China". 

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat pemula S'pura bangun pusat kajian AI untuk neurologi di China

Gambar fail wanita menjalani pembedahan otak. (Gambar: Bernadett Szabo/Reuters)

Diterbitkan : 22 Dec 2017 07:24PM Dikemas Kini : 22 Dec 2017 07:29PM

SINGAPURA: Syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) Singapura, Hanalytics, hari ini (22 Dis) mengumumkan bahawa ia secara bersama membuka pusat kajian AI dalam bidang neurologi dengan Hospital Beijing Tiantan, yang bersekutu dengan Universiti Perubatan Capital di China.

Dalam kenyataan medianya, Hanalytics menyatakan bahawa kedua-dua pihak bakal mengadakan "kerjasama eksklusif" dalam diagnosis, pencegahan, prognosis, pemulihan pesakit dan aplikasi-aplikasi lain menggunakan AI di pusat penyelidikan itu, yang dikatakan pusat pertama khusus buat neurologi.

Menurut laman hospital itu, pusat perubatan saraf itu merupakan "pusat latihan perubatan saraf yang terbesar di China".

Perjanjian untuk CNCRC-Pusat Kajian AI Hanalytics bagi kelainan neurologi dimeterai naib presiden Hospital Tiantan Beijing Wang Yongjun dan Ketua Pegawai Eksekutif Hanalytics Raymond Moh hari ini (22 Dis).

Di samping itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk memenuhi keperluan perubatan beberapa projek yang dijalankan termasuk tumor otak, pembuluh darah kranial dan biopsi, kata jurucakap syarikat itu, Ong Yi Lin kepada Mediacorp.

"Penggunaan AI dalam bidang perubatan dapat banyak meningkatkan daya pengeluaran," demikian menurut Hanalytics. "Ini khususnya huraian sangat penting dalam bidang neurologi, di mana terdapat kurang pakar perubatan, kadar diagnosis salah yang tinggi, kurang kecekapan dan ketekalan dalam diagnosis."

Untuk melindungi maklumat peribadi para pesakit yang terlibat, syarikat itu menyatakan bahawa pengumpulan, data pengenalan dan diagnosis akan dilakukan dalam premis hospital.

Setakat ini, Hanalytics mempunyai 30 kakitangan teknikal, tetapi ia merancang untuk menggajikan 50 kakitangan "dalam bulan-bulan mendatang". Ia akan menghantar 20 kakitangan ke China sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, kata Cik Ong. Ia kini mempunyai hampir 50 pekerja keseluruhannya.

Syarikat pemula itu dibangunkan awal tahun ini, namun ia menerima sokongan daripada Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu, iaitu penyedia IT dalam bidang kesihatan Singapura, pada 2015 untuk terus mengembangkan ideanya untuk menggunakan AI dalam penjagaan kesihatan.

Sejak itu, ia terus mengembangkan teknik-teknik menyeluruh dalam antaranya, pembelajaran biopsi, masalah penglihatan dan penyakit jantung.  

Sumber : CNA/AQ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan