Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat pemula NUS hasilkan ujian nafas kesan COVID-19 dalam 60 saat

Para pengkaji di Singapura mereka satu kaedah ujian pernafasan untuk mengesan COVID-19 dalam masa seminit, menurut Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Selasa (20 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Oct 2020 02:33PM Dikemas Kini : 21 Oct 2020 12:58AM

SINGAPURA: Para pengkaji di Singapura mereka satu kaedah ujian pernafasan untuk mengesan COVID-19 dalam masa seminit, menurut Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Selasa (20 Okt).

Ujian itu, yang mengesan sebatian organik meruap (VOC) dalam nafas seseorang, mencapai ketepatan lebih 90 peratus dalam satu percubaan klinikal melibatkan 180 pesakit.

Seseorang yang sedang diuji bagi COVID-19 hanya perlu meniup ke dalam corong mulut pakai buang yang dihubungkan kepada "alat pengambilan sampel ketepatan tinggi", menurut NUS dalam satu kenyataan.

Nafas yang dihembuskan kemudian dikumpulkan dan disalurkan ke dalam spektrometer untuk diukur.

Sebuah perisian pembelajaran mesin kemudian menganalisa profil VOC dan mengerluarkan keputusan dalam masa kurang seminit.

Teknologi itu, yang dihasilkan oleh syarikat pemula NUS, Breathonix, "menawarkan satu huraian pantas dan mudah untuk mengenal pasti jangkitan COVID-19", kata universiti itu.

VOC dihasilkan secara tetap oleh pelbagai reaksi biokimia dalam sel manusia, jelas Ketua Pegawai Eksekutif Breathonix Dr Jia Zhunan.

"Penyakit-penyakit berlainan menyebabkan perubahan tertentu pada sebatian, menghasilkan perubahan yang boleh dikesan dalam profil nafas seseorang. Oleh itu, VOC boleh diukur sebagai penanda penyakit seperti COVID-19."

Ketua pegawai operasi firma itu, Encik Du Fang menambah bahawa corong mulut pakai buang sistem itu mempunyai injap sehala dan perangkap air liur yang menghalang penyedutan dan air liur daripada memasuki mesin.

"Tiada kemungkinan pencemaran silang berlaku," jelas Encik Du.

KEPUTUSAN DALAM MASA NYATA

Keputusan ujian nafas dihasilkan dalam masa nyata, kata Dr Jia. Beliau menambah bahawa ini menjadikannya satu huraian yang menarik untuk saringan besar-besaran, terutama di kawasan dengan jumlah orang yang ramai.

"Ujian nafas kami mudah dijalankan dan tidak memerlukan kakitangan terlatih atau pemprosesan makmal," tambahnya.

Buat masa ini, saringan standard COVID-19 melibatkan ujian swab, yang mungkin tidak selesa, dan diagnosis menggunakan ujian reaksi berantai polimerase (PCR) boleh mengambil masa beberapa jam.

Ujian klinikal yang dilakukan bersama Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) masih berterusan dan lebih banyak ujian diperlukan untuk meningkatkan lagi ketepatan teknologi itu, kata NUS.

Ujian itu boleh digunakan di lapangan terbang untuk membantu dalam pemulihan sektor pelancongan, dan juga di tempat-tempat dengan jumlah orang yang ramai seperti dormitori, tambah universiti itu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan