Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat milik wanita Melayu/Islam S’pura boleh jadi syarikat besar di persada rantau, global

Presiden Halimah Yacob berkata beliau mahu melihat syarikat-syarikat milik wanita Melayu/Islam menjadi syarikat besar di peringkat nasional, serantau mahupun global.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata beliau mahu melihat syarikat-syarikat milik wanita Melayu/Islam menjadi syarikat besar di peringkat nasional, serantau mahupun global.

Ini tidak mustahil, kata beliau.

Namun untuk mencapai demikian, beliau menekankan bahawa "sangat kritikal dan penting" untuk para usahawan wanita Melayu/Islam memanfaatkan teknologi.

Beliau berkata demikian kepada 30 usahawan wanita Melayu/Islam dari DEWI@DPPMS, iaitu cabang usahawan wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), dalam satu sesi dialog pada Khamis (16 Jan).

20% PERNIAGAAN DPPMS DIMILIKI USAHAWAN WANITA

Dalam sesi yang berlangsung di Istana itu, Puan Halimah akur bahawa 20 peratus perniagaan yang menjadi anggota DPPMS dimiliki usahawan wanita.

Meskipun ini menunjukkan kemajuan baik, kata beliau, lebih banyak lagi boleh dicapai para usahawan wanita Melayu/Islam Singapura.

Teknologi, kata Puan Halimah, boleh meluaskan peluang yang ada dan ia boleh digunakan untuk meningkatkan proses perniagaan para usahawan.

Menerusi teknologi juga, para peniaga boleh mendapatkan para pelanggan dari merata dunia bukan sahaja di Singapura, kata beliau.

“Mudah-mudahan kita dapat mencapai impian beliau ini.”

MANFAATKAN SKIM PEMERINTAH

Presiden Halimah juga mengajak usahawan wanita Melayu agar memanfaatkan pelbagai skim pemerintah demi memajukan perniagaan mereka.

Lantaran itu, Puan Halimah menyarankan agar DEWI@DPPMS memainkan peranan dan lebih mendampingi kumpulan tersebut agar skim-skim berkenaan dapat dimanfaatkan dengan baik.

PARA PESERTA RAIH MANFAAT PERKONGSIAN PRESIDEN HALIMAH

Yang pasti, para usahawan wanita yang menyertai sesi dialog tersebut akur mereka meraih manfaat daripada perkongsian dan dorongan daripada ketua negara itu.

Pemilik bersama kafe Limaa, Cik Zakiah Asmawi berkata: “Sesi ini sangat berguna untuk saya dan juga perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana. Kami boleh menyuarakan keprihatinan kami untuk memajukan perniagaan kami.”

Pemilik Alfya Atelier, Cik Rabia Jaafar berkongsi bahawa kata-kata perangsang Presiden Halimah memberikannya semangat untuk meneruskan perjalanan perniagaannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan