Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat logistik didakwa buat pengisytiharan palsu kepada MOM

Syarikat Ti2 Logistics pada Selasa (14 Jan) menjadi syarikat pertama yang didakwa kerana membuat pengisytiharan palsu kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat logistik didakwa buat pengisytiharan palsu kepada MOM

Mahkamah Negara.

Diterbitkan : 14 Jan 2020 01:02PM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 01:04PM

SINGAPURA: Syarikat Ti2 Logistics pada Selasa (14 Jan) menjadi syarikat pertama yang didakwa kerana membuat pengisytiharan palsu kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Ti2 Logistics mengisytiharkan bahawa ia telah mempertimbangkan calon tempatan secara adil semasa mengambil pekerja asing.

Ketika memohon Pas Pekerjaan, syarikat perkapalan itu mengisytiharkan bahawa ia telah menemu duga dua rakyat Singapura yang memohon bagi jawatan pengurus pembangunan.

Syarikat berkenaan membuat keterangan palsu itu dalam borang permohonan Pas Pekerjaan bagi Zhou Jianxin, yang diserahkan kepada Divisyen Pas Kerja MOM menerusi wadah Pas Pekerjaan Online pada Jul 26, 2019.

Firma itu diwakili oleh peguam Tan Bar Tien.

Ti2 Logistics boleh didenda sehingga S$20,000 di bawah Akta Pengambilan Tenaga Kerja Asing.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan