Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat katering didenda, lesen digantung kerana tidak jaga kebersihan makanan, dapur

Syarikat katering AG (Global) Events Catering pada Rabu (16 Okt) didenda S$5,000 oleh mahkamah kerana tidak menyimpan makanan dengan betul dan penyelenggaraan yang tidak baik di premisnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat katering didenda, lesen digantung kerana tidak jaga kebersihan makanan, dapur

Syarikat katering AG (Global) Events Catering didenda S$5,000. (Gambar: SFA)

Diterbitkan : 16 Oct 2019 10:29PM Dikemas Kini : 16 Oct 2019 10:32PM

SINGAPURA: Syarikat katering AG (Global) Events Catering pada Rabu (16 Okt) didenda S$5,000 oleh mahkamah kerana tidak menyimpan makanan dengan betul dan penyelenggaraan yang tidak baik di premisnya.

Menurut Agensi Makanan Singapura, (SFA), syarikat itu membiarkan bahan-bahan mentah terdedah di lantai tanpa menutupnya, tidak menyahbeku daging mentah dengan betul, dan makanan yang sudah dimasak tidak ditutup dan dicemari oleh air wap dari siling yang kotor.

Selain itu, lipas dan lalat juga dijumpai di premis tersebut.

Terdapat kerosakan struktural pada lantai dan jubin dinding yang didapati kotor, menurut SFA, sambil menambah bahawa sistem peti sejuk juga tidak diselenggara dengan baik, sekali gus menyebabkan kebocoran air.

Kelemahan-kelemahan itu dikesan apabila satu pemeriksaan dilaksanakan di premis syarikat itu pada 19 Jun.

Lesen pengendalian AG (Global) Events Catering juga digantung oleh agensi itu selama 27 hari sehingga 16 Jul. Penggantungan itu ditarik balik setelah penyedia makanan itu memperbaiki kelemahan-kelemahan itu dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan tahap kebersihan.

Para pesalah boleh didenda sehingga S$5,000. Bagi kes di mana ia bukan kesalahan kali pertama, syarikat itu boleh menghadapi denda sehingga S$100 bagi setiap hari di mana kesalahan itu berterusan setelah didapati bersalah.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan