Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat F&N akan buka kemudahan baru di Tuas hasil produk lebih segar dan sihat

Syarikat makanan dan minuman F&N akan mempunyai kemudahan baru di Tuas yang akan menghasilkan produk lebih segar dan sihat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Dec 2019 06:11PM Dikemas Kini : 04 Dec 2019 09:39PM

SINGAPURA: Syarikat makanan dan minuman F&N akan mempunyai kemudahan baru di Tuas yang akan menghasilkan produk lebih segar dan sihat.

Kemudahan bernilai S$80 juta itu dijadualkan siap dalam masa dua tahun lagi.

F&N menyatakan kemudahan barunya itu akan menyepadukan sistem pengeluaran, penyimpanan dan pengedaran.

Syarikat itu berharap dapat meningkatkan daya penghasilannya sebanyak 50%.

Ini terutamanya menerusi penggunaan sistem automatik tercanggih bagi menyimpan dan mengambil produk-produk yang sejuk.

Menurut F&N sistem ASRS itu adalah yang pertama digunakan di rantau ini.

Selain itu semua usaha kajian dan pengembangan R&D syarikat tersebut akan disatukan di kemudahan itu bagi menghasilkan lebih banyak produk minuman baru yang lebih sihat serta pembungkusan lebih mampan.

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan