Images
  • Singapore skyline
    Latar langit Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan RAHMAN)

Syarikat digesa terapkan inovasi untuk lebih berdaya saing dan berjaya

SINGAPURA: Syarikat-syarikat digesa untuk menerapkan inovasi dan membangunkan kelebihan dalam daya saing untuk berjaya.

Ini sedang Singapura membuat penyesuaian dan hidup dengan COVID-19.

Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, berkata demikian di pembukaan TechInnovation hari ini (28 Sep) yang menampilkan teknologi global yang baru muncul.

Acara maya itu mengetengahkan lebih 2,000 penyedia teknologi, peserta pameran dan pelabur.

Tahun ini, ia menumpukan kepada perubahan iklim, jaminan makanan dan huraian jagaan kesihatan.

Lebih 400 produk dari 20 negara akan dipamerkan di acara itu. 

- CNA/EM/fz

Top