Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat digesa pastikan amalan HR mencapai tahap dikehendaki: MOM

Syarikat-syarikat perlu memastikan amalan Sumber Manusia (HR) mereka dipertingkat supaya dapat bangkit lebih kukuh pasca COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Oct 2021 06:45PM Dikemas Kini : 20 Oct 2021 08:51PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat perlu memastikan amalan Sumber Manusia (HR) mereka dipertingkat supaya dapat bangkit lebih kukuh pasca COVID-19.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) juga menggesa para karyawan HR menggunakan sumber-sumber yang ada seperti pensijilan dan peralatan diagnostik untuk kekal relevan dengan teknologi dan kemahiran terkini yang diperlukan bagi merubah perniagaan mereka.

Bercakap kepada media mengenai Laporan Situasi Pekerjaan ke-26, Menteri MOM Dr Tan See Leng berkata masyarakat HR adalah nadi tempat kerja dalam mengharungi COVID-19.

Mereka perlu menguruskan tenaga manusia dan kesejahteraan kakitangan sambil membuat penyesuaian kepada perubahan yang berterusan.

Dr Tan menggesa kakitangan HR untuk mendapat pentauliahan dari Institut bagi Karyawan HR.

Setakat ini, lebih 4,500 karyawan sudah berbuat demikian.

"Jadi semasa pandemik ini, satu sistem HR yang memahami, cerdas dan amat proaktif dalam sesebuah syarikat, diterajui para pengurus yang ingin memastikan tenaga kerja dilindungi, saya rasa ia menjadi lebih penting," kata Dr Tan.

Dr Tan juga memuji sekitar 600 majikan yang menggajikan lebih 200,000 penduduk tempatan.

Syarikat-syarikat itu melabur dan menjaga kebajikan para pekerja masing-masing.

MOM memberikan faedah khas kepada firma-firma itu seperti keutamaan dalam khidmat urus niaga. 

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan