Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat binaan didenda S$42,000 rosakkan saluran air utama

Sebuah syarikat binaan didenda S$42,000 pada 2 April kerana merosakkan saluran air utama di sebuah tapak binaan di River Valley Green, menurut kenyataan agensi air kebangsaan PUB pada Rabu (17 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat binaan didenda S$42,000 rosakkan saluran air utama

Saluran air bocor dekat River Valley Green (Gambar: PUB)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 03:29PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 03:34PM

SINGAPURA: Sebuah syarikat binaan didenda S$42,000 pada 2 April kerana merosakkan saluran air utama di sebuah tapak binaan di River Valley Green, menurut kenyataan agensi air kebangsaan PUB pada Rabu (17 Apr).

Saluran air itu terbocor ketika syarikat Dae Sung Construction sedang membuat kerja-kerja menggerudi pada 15 Februari 2017. Syarikat itu dilantik sebagai subkontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan tanah bagi pembinaan stesen MRT Great World dan terowong bagi Laluan Thomson-East Coast.

PUB menyatakan kerosakan itu menyebabkan pembaziran sekitar 1.5 juta liter air boleh diminum, iaitu lebih separuh jumlah air yang ditampung sebuah kolam renang Olimpik.

Siasatan mendapati Dae Sung Construction gagal untuk mengenal pasti tempat paip air di kawasan itu sebelum melakukan kerja menggerudi, menurut PUB.

"Selain itu, mereka tidak melakukan usaha wajar dalam menyelia operator penggerudi ketika kerja-kerja dilakukan," menurut agensi itu lagi.

PUB menjalankan "kerja-kerja pembaikan segera" untuk mengelakkan gangguan bekalan air kepada para pelanggan dan mengurangkan kehilangan air, tambahnya. Saluran air tersebut perlu ditutup selama 10 jam sedang kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Menurut PUB, ini adalah kesalahan pertama Dae Sung Construction. Merosakkan sebarang saluran air utama PUB atau paip penghubung dengan diameter berukuran sekurang-kurangnya 300 milimeter adalah satu kesalahan di bawah Akta Kemudahan Awam, yang membawa hukuman denda sehingga S$200,000, tempoh penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kontraktor perlu sentiasa merujuk kepada nasihat PUB berhubung cara-cara mengelak kerosakan prasarana paip air sebelum menjalankan sebarang kerja-kerja binaan berdekatan dengan saluran air," menurut PUB.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan