Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat binaan di S'pura disaran peruntuk masa tingkat keselamatan di tempat kerja

Syarikat-syarikat binaan disarankan supaya mengambil 'masa rehat' (timeout) dan memanfaatkan masa tersebut untuk menjalankan pemeriksaan-pemeriksaan bagi tingkat tahap keselamatan di tempat kerja. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Mar 2019 08:57PM Dikemas Kini : 12 Mar 2019 11:12PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat binaan disarankan supaya mengambil 'masa rehat' (timeout) dan memanfaatkan masa tersebut untuk menjalankan pemeriksaan-pemeriksaan bagi tingkat tahap keselamatan di tempat kerja. Perkara itu diusulkan menyusuli beberapa kemalangan yang meragut nyawa sejak awal tahun ini.

Persatuan Kontraktor Singapura menyatakan tempoh tersebut juga akan membolehkan syarikat-syarikat menyemak proses-proses kerja. Taklimat dan pemeriksaan keselamatan pada peralatan dan kenderaan antara perkara boleh dilakukan sepanjang tempoh tersebut.

Straits Construction merupakan antara syarikat yang menjalankan inisiatif itu. Syarikat itu melaksanakan 'masa rehat' pada setiap tiga bulan.

Semasa para pekerja berhenti melakukan kerja masing-masing, pemeriksaan akan dilakukan pada kren dan pengurusan trafik. Syarikat tersebut menjalankan sesi sedemikian di kesemua lima tapak binaan yang diuruskannya di merata Singapura.

Bagi memastikan kesemua 400 pekerja memahami apa yang disampaikan, sesi taklimat diadakan dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Syarikat itu juga melabur lebih S$200,000 untuk memasang permukaan konkrit di seluruh tapak binaannya.

Permukaan tersebut perlu dibuka apabila projek tersebut selesai dibina, dan sebab itulah tidak semua syarikat yang memasangnya.

Namun menurut Straits Construction, kos memasangnya memadai kerana ia menghindari air daripada bertakung dan menjadikan permukaan rata untuk kenderaan dan para pekerjanya. 

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan