Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarat tender baru SLA, URA ambil kira warisan, budaya masyarakat

Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) melancarkan satu program baru, di mana tender bagi sesetengah bangunan pemerintah, kini perlu mengambil kira warisan dan budaya masyarakat di sekitarnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 May 2019 05:01PM Dikemas Kini : 14 May 2019 09:14PM

SINGAPURA: Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) melancarkan satu program baru, di mana tender bagi sesetengah bangunan pemerintah, kini perlu mengambil kira warisan dan budaya masyarakat di sekitarnya.

Sebuah rumah kedai di Kampong Gelam menjadi yang pertama di bawah program "Reinventing Spaces into Vibrant Places" (RSVP) itu.

Bangunan usang di persimpangan Kampong Gelam tersebut sudah lama tidak digunakan.

Namun, selepas menjalani kerja-kerja ubah suai bernilai S$1.9 juta, ia siap bagi penyewa baru.

Buat pertama kalinya, mereka yang ingin menyewa perlu menyertakan rancangan bagi masyarakat sekitar dalam cadangannya.

45 Sultan Gate merupakan tapak pertama di mana tender dibuka dengan syarat-syarat baru.

Tender bagi lima tapak lain akan dibuka di bawah program itu, termasuk Balai Bomba Bukit Timah dan Lapangan Terbang Old Kallang.

"Kami mengalu-alukan projek ini supaya dapat mendatangkan kebaikan kepada masyarakat. Keutamaan ialah pembangunan dan ketersambungan yang dapat menyatupadukan masyarakat dan juga perniagaan-perniagaan di kawasan OKG (One Kampong Gelam)," kata Ahli Jawatankuasa OKG, Encik Omar Alattas.  

Sumber : CNA/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan