Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Switzerland pintas S'pura bagi tempat terbaik untuk ekspatriat tinggal, kerja

Switzerland mengambil alih kedudukan Singapura sebagai tempat tinggal dan bekerja yang terbaik bagi golongan ekspatriat, menurut Laporan Global HSBC.

Anggaran Waktu Membaca:
Switzerland pintas S'pura bagi tempat terbaik untuk ekspatriat tinggal, kerja

Gambar hiasan pemandangan di Switzerland (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 04 Jul 2019 08:05PM Dikemas Kini : 04 Jul 2019 08:10PM

SINGAPURA: Switzerland mengambil alih kedudukan Singapura sebagai tempat tinggal dan bekerja yang terbaik bagi golongan ekspatriat, menurut Laporan Global HSBC.

Singapura menduduki tempat teratas sejak empat tahun lalu, turun ke tangga kedua manakala Switzerland melonjak tujuh tangga untuk mengambil alih kedudukan teratas.

Menurut tinjauan HSBC itu, Switzerland menawarkan "pakej ekpatriat yang lengkap" di mana mereka menikmati "mutu hidup lebih baik selain gaji yang baik dan kemajuan kerjaya yang pantas".

Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kenaikan Switzerland termasuk kadar pencemaran yang rendah, kadar jenayah yang rendah, jalan raya selamat dan kestabilan politik dan ekonomi.

Dari segi gaji, 71 peratus golongan ekspatriat melaporkan pendapatan boleh guna (disposable income) yang lebih tinggi di Switzerland, menurut HSBC. Gaji purata golongan ekspatriat di Switzerland adalah AS$111,587 (S$151,316), jauh menjangkaui purata global sebanyak AS$75,966 (S$103,013).

Singapura kekal sebagai pilihan utama bagi golongan ekspatriat yang mempunyai anak.

Sekitar 62 peratus ekspatriat yang ditinjau berkata sistem pendidikan Singapura adalah lebih baik daripada negara asal mereka, manakala lebih dua pertinga memuji peluang-peluang yang ada di sini untuk anak-anak mereka mempelajari bahasa.

Negara-negara lain yang menduduki 10 tangga teratas senarai itu adalah Kanada, Sepanyol, New Zealand, Australia, Turki, Jerman, Amiriah Arab Bersatu dan Vietnam. Hong Kong dan Malaysia masing-masing menduduki tempat ke-15 dan 16 daripada 33 negara yang disenaraikan.

Tinjauan Peneroka Ekspatriat 2019 adalah tinjauan antarabangsa yang disertai 18,059 golongan ekspatriat merata dunia. Kajian dijalankan secara online oleh YouGov antara Mac hingga April 2019.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan