Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Susulan kemelut oBike, pengguna Mobike S'pura tidak perlu bayar deposit

Syarikat khidmat perkongsian basikal, Mobike, membatalkan bayaran deposit bagi para pengguna di Singapura, empat hari selepas bekas pesaingnya oBike berhenti beroperasi dan para pelanggan syarikat itu mengadu bahawa mereka tidak boleh mendapatkan semula deposit mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jun 2018 02:16PM Dikemas Kini : 29 Jun 2018 11:36PM

SINGAPURA: Syarikat khidmat perkongsian basikal, Mobike, membatalkan bayaran deposit bagi para pengguna di Singapura, empat hari selepas bekas pesaingnya oBike berhenti beroperasi dan para pelanggan syarikat itu mengadu bahawa mereka tidak boleh mendapatkan semula deposit mereka.

Sama seperti oBike, pelanggan Mobike dikehendaki membayar deposit S$49. Mobike menyatakan bahawa ia mengenakan deposit untuk menggalak penggunaan basikal yang bertanggungjawab.

Deposit itu kini dibatalkan kerana syarikat berkenaan "maklum bahawa Mobike secara amnya digunakan dengan bertanggungjawab di Singapura," dedah syarikat yang berpangkalan di Beijing itu menerusi satu kenyataan media hari ini (29 Jun).

"Sebagai tanda penghargaan kami, Mobike membatalkan deposit bagi pengguna yang berdaftar di Singapura," umum Cik Sharon Meng, pengurus Mobike Singapore.

Pengguna sedia ada dan baru yang membuat pendaftaran bagi akaun Mobike dengan nombor telefon Singapura tidak perlu membayar deposit.

Mereka yang sudahpun memiliki akaun Mobike boleh memohon deposit mereka dikembalikan dengan mendaftar masuk menerusi aplikasi Mobike dalam telefon bijak dan menekan butang 'pembayaran semula' di laman My Wallet.

Mobike menyatakan bahawa ia akan memulakan proses tersebut dengan serta merta sebaik menerima permohonan itu. Jumlah S$49 akan dipulangkan kepada akaun pengguna dalam tempoh 10 hari kerja.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan