Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suspek rompakan StanChart rancang cabar ekstradisi ke S'pura

David James Roach, yang disyaki merompak cawangan bank Standard Chartered di Holland Village pada 2016, bercadang untuk mencabar permohonan ekstradisinya ke Singapura. Demikian menurut peguamnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek rompakan StanChart rancang cabar ekstradisi ke S'pura
Diterbitkan : 18 Jan 2018 10:41PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 10:43PM

LONDON: David James Roach, yang disyaki merompak cawangan bank Standard Chartered di Holland Village pada 2016, bercadang untuk mencabar permohonan ekstradisinya ke Singapura. Demikian menurut peguamnya.

Warga Kanada itu dihadapkan ke mahkamah London hari ini (18 Jan). Ia merupakan kali kedua dia dihadapkan ke mahkamah berikutan penangkapannya oleh polis Britain minggu lalu.

Dalam video oleh pihak penjara Selatan London, Roach yang memakai baju berwarna kelabu kelihatan tenang.

Dia hanya membuka mulut untuk mengesahkan nama dan tarikh lahirnya, selain untuk mengatakan dia memahami apa yang dikatakan hakim mengenai perbicaraan selanjutnya pada 15 Februari.

Hakim turut menerangkan di mahkamah bahawa Singapura mempunyai tempoh sehingga 22 Februari untuk secara rasmi menyerahkan dokumen-dokumen ekstradisi. Perbicaraan itu hanya berlangsung selama beberapa minit.

Peguam Roach, Sandeep Pankhania, memberitahu Mediacorp bahawa anak guamnya bercadang untuk mencabar ekstradisinya dari Britain ke Singapura.

Singapura sudah menghubungi pihak berkuasa Thailand agar Roach diekstradisi ke Singapura tetapi Bangkok sebaliknya menghantarnya pulang ke Kanada.

Roach, 28 tahun, sedang dalam perjalanan ke Kanada apabila ditahan para pegawai polis dari Unit Ekstradisi di Lapangan Terbang Heathrow.

Pejabat Peguam Negara (AGC) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan pada Isnin (15 Jan) bahawa ia sudah meminta pihak berkuasa Britain untuk menahan Roach dan menghantarnya ke Singapura untuk dihadapkan ke mahkamah.

Dia sebelum ini menjalani hukuman penjara 14 bulan di Thailand, kerana gagal mengisytiharkan jumlah wang yang besar ketika tiba di negara itu.

Roach didakwa melarikan diri ke Thailand setelah merompak S$30,000 di Singapura.

Singapura mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Britain tetapi tidak dengan Thailand.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan