Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suspek kes rompakan kedai emas Ang Mo Kio dibawa ke tempat kejadian

Satu daripada tiga orang suspek kes rompakan kedai emas Ang Mo Kio minggu lalu, dibawa ke tempat kejadian hari ini (21 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek kes rompakan kedai emas Ang Mo Kio dibawa ke tempat kejadian

(Gambar: Pembaca CNA)

Diterbitkan : 21 Aug 2019 06:47PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 07:20PM

SINGAPURA: Satu daripada tiga orang suspek kes rompakan kedai emas Ang Mo Kio minggu lalu, dibawa ke tempat kejadian hari ini (21 Ogos).

M Jegatheesh, 27 tahun, dan dua orang lagi didakwa di mahkamah minggu lalu atas pertuduhan melakukan rompakan.

Menurut polis, dalam kejadian itu, seorang lelaki tidak bersenjata melompat ke kaunter dan melarikan barang kemas bernilai $100,000.

Mujur, dua pekerja kedai itu selamat.

Polis berjaya menangkap tiga orang yang disyaki dalam masa 36 jam selepas insiden rompakan tersebut.

Kesemua barang kemas yang dicuri juga ditemui semula.

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan