Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suspek ditahan disyaki rodok lelaki dengan pisau di Woodlands

Seorang lelaki 41 tahun ditangkap pada Isnin (13 Jan) setelah dituduh menyerang seorang lelaki lain menggunakan pisau di Woodlands.

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek ditahan disyaki rodok lelaki dengan pisau di Woodlands

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 13 Jan 2020 11:58PM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 12:12AM

SINGAPURA: Seorang lelaki 41 tahun ditangkap pada Isnin (13 Jan) setelah dituduh menyerang seorang lelaki lain menggunakan pisau di Woodlands.

Pihak polis dimaklumkan tentang kejadian itu pada 11 Januari pada sekitar 10.00 malam apabila sebuah pergaduhan berlaku di Woodlands Street 13.

"Seorang lelaki ditemui dengan kecederaan yang disyaki akibat ditikam dengan sebilah pisau," menurut kenyataan polis hari ini.

Suspek diberkas setelah siasatan dan dengan dibantu gambar-gambar daripada kamera polis.

Dia akan didakwa pada Selasa kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.

Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda, dirotan atau ketiga-tiganya sekali.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan