Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suruhanjaya Persaingan S'pura mohon maklum balas bagi kerjasama ComfortDelGro-Uber

Suruhanjaya Persaingan Singapura (CCS) sedang mengumpul maklum balas orang ramai tentang kerjasama antara ComfortDelGro dengan Uber yang dicadangkan. Kerjasama yang disarankan itu termasuk penyepaduan aplikasi kedua-dua syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Suruhanjaya Persaingan S'pura mohon maklum balas bagi kerjasama ComfortDelGro-Uber

ComfortDelGro dan Uber ingin menjalin kerjasama, tawar aplikasi UberFLASH.

Diterbitkan : 22 Dec 2017 09:12AM Dikemas Kini : 22 Dec 2017 09:16AM

SINGAPURA: Suruhanjaya Persaingan Singapura (CCS) sedang mengumpul maklum balas orang ramai tentang kerjasama antara ComfortDelGro dengan Uber yang dicadangkan. Kerjasama yang disarankan itu termasuk penyepaduan aplikasi kedua-dua syarikat itu.

Menurut CCS dalam kenyataan medianya semalam (21 Dis), mereka yang berminat boleh memberi maklum balas tentang kerjasama yang dicadangkan dari Khamis (21 Dis) sehingga 8 Januari tahun depan.

Sebelum ini, kedua-dua syarikat mengumumkan tentang perjanjian di mana syarikat ComfortDelGro memperolehi 51 peratus saham Lion City Holdings, anak syarikat milik Uber di Singapura.

Perjanjian dengan nilai sekitar S$642 juta itu tertakluk kepada sama ada pihak berkuasa memberi kelulusan.

Dalam kenyataan medianya, CCS menyatakan bahawa "persaingan dalam pasaran kereta sewa sangat sengit", kerana beberapa faktor seperti bilangan pesaing dalam pasaran yang besar dan terdiri daripada model-model perniagaan, gabungan dan skala operasi yang berbeza.

Jika kerjasama ini diluluskan, aplikasi mudah alih kedua-dua syarikat itu akan disepadukan untuk menghasilkan UberFLASH. Para penumpang akan mempunyai pilihan untuk menempah khidmat teksi ComforDelGro di bawah aplikasi Uber.

Menurut ComfortDelGro, Lion City dan Uber, kerjasama yang dicadangkan merangkumi tempahan bagi khidmat teksi bermeter di mana ComfortDelGro akan terus menentukan tambang bermeter. Khidmat ini tidak akan ditawarkan bagi para penumpang yang menahan teksi di tepi jalan.

Kerjasama ini juga akan menggabungkan sumber-sumber dari kedua-dua syarikat untuk secara "cekap dan berkesan" memenuhi permintaan para penumpang Singapura, tambah tiga syarikat itu.

Maklumat lanjut tentang sesi mengumpul maklum balas awam itu boleh didapatkan di laman CCS di bahagian "Pendaftaran dan Maklum Balas Awam". 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan