'Supermoon' terbesar paling terang malam ini
Para penggemar cakerawala di Singapura menikmati keindahan istimewa malam ini (Feb 19) dengan berlakunya fenomena 'supermoon' yang menerangi angkasa.
SINGAPURA: Para penggemar cakerawala di Singapura menikmati keindahan istimewa malam ini (Feb 19) dengan berlakunya fenomena 'supermoon' yang menerangi angkasa.
'Supermoon' adalah kejadian di mana bulan yang mengambang berada pada jarak terdekatnya dengan bumi, mengakibatkannya kelihatan lebih besar daripada bulan-bulan mengambang yang lain sepanjang tahun, menurut Pusat Sains Singapura.
Menurut catatan Facebook pusat tersebut: "Fenomena itu paling jelas dapat dilihat pada sekitar 7.30 malam, pastikan anda mendapatkan pemandangan angkasa yang tidak terhadang dan mengharapkan cuaca baik untuk menyaksikan supermoon tahun ini!"
Untuk melihat fenomena ini dengan jelas, para penggemar disarankan melihat ke ufuk timur.
Supermoon kali ini berlaku serentak dengan hari terakhir sambutan Tahun Baru Cina iaitu Chap Goh Mei yang jatuh pada hari ke-15 sambutan perayaan tersebut.
Supermoon seterusnya bagi tahun ini adalah pada 21 Mac, iaitu yang ketiga dan juga terakhir bagi tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.