Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sungei Road S'pura turut 'berjasa' kepada pasar karat terkenal Memory Lane di Ipoh

Setelah penutupan Sungei Road di negara ini, para peminat barangan lama atau barangan antik di Singapura antara lain menghalakan perhatian mereka ke pasar-pasar karat di Malaysia pula.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Setelah penutupan Sungei Road di negara ini, para peminat barangan lama atau barangan antik di Singapura antara lain menghalakan perhatian mereka ke pasar-pasar karat di Malaysia pula.

Antara pasar karat yang menjadi pilihan termasuklah ‘Memory Lane’ atau Loken di Ipoh, Perak.

Kunjungan wartawan BERITAmediacorp ke pasar tersebut mendapati bahawa ada peniaga di pasar itu sebenarnya pernah mendapatkan pengalaman dan bekalan dari Sungei Road.

Malah mendapatkan barang-barang lama vintaj atau antik di sana menjadi lebih mudah kerana adanya pilihan pesawat tambang murah, kereta api, bas atau memandu selama enam jam ke Ipoh.

Para peniaga di sana perasan bahawa semakin ramai pengunjung dan penggemar barangan lama dari Singapura semakin minat berbelanja di Memory Lane.

"Sebulan mungkin dalam 50, 60 orang. Pembeli dari Singapura ini, dia suka pada pinggan-pinggan mangkuk macam ini, macam jam ke, seterika pun. Dia belanja dalam satu barang, RM300–RM400," kata peniaga barangan antik, Shaharudin Zambri.

"Slanga dia, dia cakap orang putih, kadang cakap Melayu kan. Saya tanya, 'Abang ini daripada mana?' Dia kata dari Singapura, suka tenguk suasana macam ini, barang-barang antik banyak di sini. Peminat batu permata," kata peniaga cincin, Encik Fadli Othman.

Ada penjual berkongsi bahawa antara koleksi barangan yang dijual di Loken pernah berasal dari Sungai Road.

Menurut peniaga barangan tembaga, Liew Chew Kwai: "Saya pernah kerja di Singapura 17 tahun, sebelum saya berurus niaga sini, kan. Saya dapat itu pengalaman di Sungai Road."

Pengumpul piring hitam asal Singapura, Samsuri Abbas pula dahulu bersekolah di Balestier Boys School.

Beliau sering dihubungi pembeli dari Singapura sebelum mereka datang ke Loken.

Selain itu, beliau turut melayani pesanan untuk diposkan barangan ke Singapura.

"Setiap Ahad saya akan datang ke sini, dan ramai orang Singapura datang. Yang dicari, (album) Normadiah, Momok Latiff, penyanyi 1950-an - Julia, A Rahman," kata Encik Samsuri Abbas.

Pasar karat ‘Memory Lane’ hanya dibuka setiap Ahad, dari 7.00 pagi hingga tengah hari sahaja. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan