Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sumbangan 100 wanita dalam teknologi S'pura diiktiraf

100 wanita di sini diberikan pengiktirafan atas sumbangan besar mereka kepada sektor teknologi. Mereka diraikan dalam senarai 100 Wanita dalam Teknologi Singapura yang diterbitkan hari ini (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Sumbangan 100 wanita dalam teknologi S'pura diiktiraf

(Gambar: iStock/oatawa)

Diterbitkan : 15 Oct 2021 07:09PM Dikemas Kini : 15 Oct 2021 07:17PM

SINGAPURA: 100 wanita di sini diberikan pengiktirafan atas sumbangan besar mereka kepada sektor teknologi.

Mereka diraikan dalam senarai 100 Wanita dalam Teknologi Singapura yang diterbitkan hari ini (15 Okt).

Satu kategori baru, 'Gadis dalam Teknologi', turut diadakan dalam senarai itu, yang mengiktiraf 18 pelajar perempuan kerana minat mereka dalam bidang tersebut.

100 wanita dalam senarai tersebut termasuk mereka dari industri teknologi dan ahli akademik.

Mereka dipilih daripada lebih 600 calon.

Pengumumannya dibuat semasa Forum Tech³, yang dianjurkan Persatuan Komputer Singapura.

Satu program baru untuk para pelajar pengajian tinggi mendapatkan pentauliahan dalam bidang etika dan tadbir urus Kecerdasan Buatan (AI), turut diumumkan.

Program itu dijangka memberi manfaat kepada sekitar 2,000 pelajar setiap tahun.

Ia ditawarkan kepada para pelajar kesemua politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

"Teknologi sama yang memberi keuntungan kepada kita juga boleh dieksploitasi bagi menimbulkan ancaman kepada kehidupan dan mata pencarian. Cabaran-cabaran etika berkaitan AI bukan perkara remeh. Kita sudahpun melihat contoh-contoh sebenar tentang bagaimana algoritma AI boleh mencetuskan masalah diskriminasi," kata Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo. 

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan