Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sukarelawan HDB terima sijil penghargaan, bantu 118,000 penduduk sepanjang 2 tahun

Dewasa ini, semakin ramai penduduk kawasan kejiranan memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukarelawan HDB terima sijil penghargaan, bantu 118,000 penduduk sepanjang 2 tahun

Hasil projek "build-a-thon" HDB. (Gambar: HDB)

Diterbitkan : 25 May 2019 09:18PM Dikemas Kini : 25 May 2019 09:21PM

SINGAPURA: Dewasa ini, semakin ramai penduduk kawasan kejiranan memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan masyarakat.

Satu inisiatif yang dilancarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dua tahun lalu bagi menyatukan pelbagai program sukarela di bawah satu rangkaian, menarik hampir 8,000 peserta.

Inisiatif itu juga menarik golongan belia untuk menyumbang.

Hampir 75 peratus daripada sukarelawan "Friends of Our Heartlands" itu berusia 35 tahun ke bawah.

Melalui usaha-usaha yang dijalankan, mereka berjaya mendekati lebih daripada 118,000 penduduk menerusi bengkel-bengkel dan sesi perbincangan.

Atas usaha mereka itu, beberapa sukarelawan tersebut menerima sijil penghargaan semasa majlis pelancaran Minggu Masyarakat HDB.

Turut diberi pengiktirafan adalah projek-projek yang memenangi cabaran "Build-a-Thon" HDB.

Cabaran itu bertujuan menggalak anggota masyarakat memberi cadangan dan melaksanakan penyelesaian inovatif bagi mewujudkan persekitaran kejiranan yang lebih mesra dan meriah.

Sumber : CNA/HA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan