Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Subsidi basuh pinggan mangkuk dilanjutkan kepada pemilik gerai di pusat penjaja baru: NEA

Satu subsidi untuk khidmat membasuh pinggan mangkuk akan dilanjutkan kepada para pemilik gerai di tujuh pusat penjaja baru mulai tahun depan, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Jumaat (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Subsidi basuh pinggan mangkuk dilanjutkan kepada pemilik gerai di pusat penjaja baru: NEA

(Gambar fail: Fann Sim)

Diterbitkan : 16 Nov 2018 10:56PM Dikemas Kini : 16 Nov 2018 10:59PM

SINGAPURA: Satu subsidi untuk khidmat membasuh pinggan mangkuk akan dilanjutkan kepada para pemilik gerai di tujuh pusat penjaja baru mulai tahun depan, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Jumaat (16 Nov).

Mulai 1 Jan, NEA akan membiayai bersama kos khidmat membasuh pinggan mangkuk terpusat dengan para pemilik gerai di pusat-pusat penjaja itu, pada kadar 50 peratus bagi tahun pertama dan 30 peratus bagi tahun kedua, menurut kenyataan media.

Buat masa ini, hanya para pemilik gerai di pusat-pusat penjaja lebih lama sudah menggunakan khidmat pusat membasuh pinggan mangkuk di bawah program Pusat-Pusat Penjaja Produktif.

Para pemilik gerai di pusat-pusta penjaja baru - Ci Yuan di Hougang, Bukit Panjang, Kampung Admiralty, Yishun Park, Jurong West, Pasir Ris Central dan Hawker Centre @ Our Tampines Hub - tidak menerima geran tersebut. Ketujuh-tuhuh pusat penjaja itu mempunyai khidmat membasuh pinggan mangkuk terpusat.

NEA menyatakan bahawa geran itu akan membantu menyokong para pemilik gerai untuk menampung kos khidmat membasuh pinggan mangkuk terpusat.

Menurut NEA, khidmat membasuh pinggan mangkuk membantu menjimatkan tenaga manusia serta meningkatkan kebersihan di pusat-pusat penjaja dan kadar punsing ganti pelanggan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan