Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Subahat dengan pemungut hutang, lelaki dijel 3 hari

Seorang lelaki penganggur berusia 48 tahun, bersubahat dengan seorang kenalan demi mendapatkan wang dengan bekerja untuk perniagaan pemungut hutang yang sah.

Anggaran Waktu Membaca:
Subahat dengan pemungut hutang, lelaki dijel 3 hari

Petikan gambar daripada video yang dirakam Koh Yew Ghee. (Gambar: Media sosial)

Diterbitkan : 13 Aug 2020 11:23PM Dikemas Kini : 13 Aug 2020 11:31PM

SINGAPURA: Seorang lelaki penganggur berusia 48 tahun, bersubahat dengan seorang kenalan demi mendapatkan wang dengan bekerja untuk perniagaan pemungut hutang yang sah.

Bagaimanapun Koh Yew Ghee didapati melanggar undang-undang.

Seorang lagi lelaki, Peh Chong Wee, memakai pakaian persemadian tradisional Cina untuk mengganggu seorang penghutang di tempat kerjanya.

Koh menemaninya dan merakam perbuatan Peh pada satu insiden.

Video tersebut, yang menunjukkan Peh menjerit dalam bahasa Hokkien di luar premis itu, dimuat naik secara online.

Pada Khamis (13 Ogos), Koh dijatuhi hukuman penjara selama tiga hari setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan menggangu. Dua lagi tuduhan serupa diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Peh, 59 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama lima minggu pada Januari.

Pada waktu kesalahan dilakukan kedua-dua individu itu pertengahan tahun lalu, Peh adalah satu-satunya pemilik syarikat Guarantee Debts Collection Service.

Peh dan Koh sudah mengenali antara satu sama lain selama tujuh tahun setelah bekerja dalam industri pembinaan bangunan.

Selain memakai pakaian persemadian pada hari itu, Peh membawa panji yang memaparkan wajah si penghutang dan permintaan pembayaran balik hutang.

Atas tingkah laku mengancam dengan niat untuk menggangu, Koh boleh dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan atau didenda sehingga S$5,000,atau menerima kedua-dua penalti.

Sumber : CNA/NA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan