Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Stesen MRT, kereta api dan 8 khidmat bas diberi hiasan khas Tahun Baru Cina

Pengendali pengangkutan SMRT dan SBS Transit akan melancarkan kereta api yang dihiasi sempena Tahun Baru Cina di kesemua lima laluan rel bermula Ahad (19 Jan) hingga 15 Feb.

Anggaran Waktu Membaca:
Stesen MRT, kereta api dan 8 khidmat bas diberi hiasan khas Tahun Baru Cina

(Gambar: LTA)

Diterbitkan : 19 Jan 2020 07:39PM Dikemas Kini : 19 Jan 2020 07:43PM

SINGAPURA: Pengendali pengangkutan SMRT dan SBS Transit akan melancarkan kereta api yang dihiasi sempena Tahun Baru Cina di kesemua lima laluan rel bermula Ahad (19 Jan) hingga 15 Feb.

"Kesemua kereta api dan bas yang berhias memamparkan motif zodiak yang comel, bunga kembang dan jongkong emas untuk membawa keceriaan kepada para penumpang," menurut kenyataan media Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Satu kereta api bagi setiap daripada lima laluan kereta api di sini sudah dihiasi.

(Gambar: LTA)

(Gambar: LTA)

Stesen-stesen MRT Clarke Quay dan Dhoby Ghaut MRT juga dihiasi dengan tema tersebut, sebagai satu usaha "menggalakkan orang ramai mengambil pengangkutan awam bagi perjalanan musim perayaan", tambah LTA.

Khidmat bas 80, 143, 166, 147, 174, 61, 960 dan 963 juga akan dihiasi secara bertahap bermula minggu depan.

"Bas-bas ini berkhidmat bagi laluan ke kawasan seperti Chinatown, Toa Payoh, Sengkang, Jurong East dan Clementi, menyebarkan keceriaan ke kawasan perumahan,” menurut LTA.

LTA menambah, kereta api bertema adalah hasil kerjasama dengan Jawatankuasa Penasihat Penduduk Kreta Ayer-Kim Seng.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan