Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Stesen MRT antara Pioneer hingga Tuas Link ditutup awal bulan depan

Enam stesen MRT di Laluan Timur-Barat (EWL) iaitu antara Pioneer hingga Tuas Link akan ditutup lebih awal pada bulan November, menurut SMRT pada Rabu (24 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Stesen MRT antara Pioneer hingga Tuas Link ditutup awal bulan depan

Gambar fail stesen MRT Pioneer. (Gambar fail: Calvin Oh)

Diterbitkan : 24 Oct 2018 01:49PM Dikemas Kini : 24 Oct 2018 01:55PM

SINGAPURA: Enam stesen MRT di Laluan Timur-Barat (EWL) iaitu antara Pioneer hingga Tuas Link akan ditutup lebih awal pada bulan November, menurut SMRT pada Rabu (24 Okt).

Kesemua enam stesen itu - Pioneer, Joo Koon, Gul Circle, Tuas Crescent, Tuas West Road dan Tuas Link - akan ditutup pada pukul 11.00 malam setiap Jumaat dan Sabtu dari 2 hingga 24 November, menurut pengendali pengangkutan itu dalam kenyataan medianya.

Para jurutera dari Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT akan menggunakan waktu tambahan untuk melakukan kerja-kerja pembaharuan pada sistem bekalan tenaga serta menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaharuan aset yang lain.

SMRT sebelum ini menyatakan bahawa projek pembaharuan bekalan tenaga di Laluan Utara-Selatan dan Laluan Timur-Barat akan menggantikan kabel tenaga sepanjang 1,300 kilometer, gentian optik sepanjang 250 kilometer serta perkakas di lebih 170 pencawang.

Projek itu dijangka selesai dijalankan menjelang awal tahun 2020-an.

Khidmat bas percuma akan disediakan untuk para penumpang yang melakukan perjalanan di stesen-stesen terjejas.

Khidmat bas percuma nombor 3 akan berhenti di perhentian-perhentian bas tertentu antara Tuas Link dengan Boon Lay di kedua-dua arah. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan