Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Stesen EWL terus ditutup awal, dibuka lewat setiap hujung minggu April

Kesemua 35 stesen MRT di Laluan Timur-Barat (EWL) akan terus dibuka lebih lewat dan ditutup lebih awal daripada biasa pada setiap hujung minggu pada bulan April kerana ujian dan kerja-kerja penyenggaraan di landasan kereta api masih dijalankan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Mar 2018 03:08PM Dikemas Kini : 25 Mar 2018 06:59PM

SINGAPURA: Kesemua 35 stesen MRT di Laluan Timur-Barat (EWL) akan terus dibuka lebih lewat dan ditutup lebih awal daripada biasa pada setiap hujung minggu pada bulan April kerana ujian dan kerja-kerja penyenggaraan di landasan kereta api masih dijalankan, menurut pengendali kereta api SMRT hari ini (22 Mac).

Khidmat kereta api dari Tuas Link ke Pasir Ris dan dari Tanah Merah ke Lapangan Terbang Changi sudahpun ditutup lebih awal dan bermula lebih lewat pada hujung minggu sejak Mac lalu. Ia akan terus ditutup lebih awal pada 11.00 malam setiap Jumaat dan Sabtu serta dibuka lewat pada 8.00 pagi setiap Sabtu dan Ahad pada April ini, menurut SMRT.

Waktu tambahan ini memberikan lebih banyak masa kepada para jurutera untuk menguji sistem isyarat Kawalan Kereta Api Berdasarkan Komunikasi dan juga penyepaduan sistem tersebut dengan Laluan Utara-Selatan (NSL), menurut SMRT.

Ia juga membolehkan SMRT untuk meningkatkan kerja-kerja penyenggaraan dan pemeriksaan ke atas rangkaian rel serta mempercepatkan kerja-kerja pembaikan lain seperti menggantikan litar landasan.

Bagi memudahkan kerja-kerja tersebut dan sebagai langkah berjaga-jaga, kereta api juga akan bergerak lebih perlahan di kawasan-kawasan yang terjejas pada waktu sibuk sebelah pagi, menurut SMRT.

BAS ULANG-ALIK, BAS EKSPRES TERUSKAN KHIDMAT

SMRT selanjutnya menyatakan bahawa pada waktu operasi yang lebih singkat itu, enam khidmat bas ulang-alik dan empat bas ekpres akan terus disediakan sebagai pilihan alternatif bagi para penumpang EWL.

Maklumat terkini berhubung khidmat kereta api yang terjejas dan pengangkutan alternatif akan disediakan di laman SMRT serta menerusi Facebook, Twitter dan aplikasi SMRTConnect, tambahnya.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan