Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Stesen Ang Mo Kio di Laluan Rentas Pulau mula dibina suku keempat

Kerja-kerja membina stesen pertukaran MRT Ang Mo Kio di Laluan Rentas Pulau (CRL) dijangka bermula pada suku keempat tahun ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Selasa (20 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Stesen Ang Mo Kio di Laluan Rentas Pulau mula dibina suku keempat

(Gambar: LTA)

Diterbitkan : 20 Jul 2021 08:37PM Dikemas Kini : 20 Jul 2021 08:45PM

SINGAPURA: Kerja-kerja membina stesen pertukaran MRT Ang Mo Kio di Laluan Rentas Pulau (CRL) dijangka bermula pada suku keempat tahun ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Selasa (20 Jul).

Khidmat penumpang di laluan itu dijangka bermula pada 2030, tambahnya. Apabila siap dibina, ia akan menjadi stesen pertukaran antara Laluan Rentas Pulau dan Laluan Utara-Selatan.

Stesen tersebut akan mempunyai beberapa pintu masuk yang menghubungkannya langsung ke blok HDB yang berbeza, Hab AMK, Hab Pengangkutan Bersepadu Ang Mo Kio dan Ang Mo Kio Town Garden East.

Dua pintu masuk baru itu akan dihubungkan dengan stesen tersebut menerusi jabanah yang merentas Ang Mo Kio Avenue 3 dan Ang Mo Kio Avenue 8.

Dengan pembinaan Laluan Rentas Pulau, masa perjalanan dari Ang Mo Kio ke Aviation Park kini menjadi 35 minit iaitu penjimatan 70 minit berbanding sekarang, tambah LTA.

Masa perjalanan antara Pasir Ris dan Ang Mo KIo juga dapat dikurangkan kepada 25 minit berbanding sejam sekarang.

Stesen Ang Mo Kio di Laluan Rentas Pulau akan dibina bawah tanah bersebelahan simpang Ang Mo Kio Avenue 3 dan Ang Mo Kio Avenue 8, kata LTA.

Disebabkan stesen itu terletak begitu dekat dengan jejambat Laluan Utara-Selatan dan struktur di sekitarnya, LTA serta kontraktor projek itu perlu memantau rapi kerja-kerja pembinaannya.

Bagi mengurangkan gangguan kepada penumpang semasa kerja-kerja itu dijalankan, kebanyakannya akan dijalankan semasa waktu perkhidmatan tidak beroperasi.

Kontrak bernilai S$644 juta bagi reka bentuk serta pembinaan stesen dan terowong stesen Ang Mo Kio itu diberi kepada usahasama Bachy Soletanche Singapore dan Gammon Construction and Engineering.

Menurut LTA, kedua-dua syarikat kini sedang mengendalikan projek-projek prasarana dan bangunan di Singapura.

Syarikat Gammon Construction and Engineering mempunyai rekod cemerlang dalam mengendalikan projek bangunan dan prasarana di dalam dan luar negara, kata LTA. Ia kini terlibat dalam pembinaan stesen Havelock dan Mayflower di sepanjang Laluan Thomson-East Coast.

Syarikat itu sebelum ini terlibat dalam pembinaan stesen Chinatown di Laluan Downtown.

Syarikat Bachy Soletanche Singapore juga sekarang ini sedang terlibat dalam kerja-kerja reka bentuk dan pembinaan terowong antara Suffolk Walk di Newton dan Novena Rise bagi projek Koridor Utara-Selatan. Ia juga terlibat dalam projek Laluan Thomson-East Coast termasuk bagi stesen Tanjong Rhu, Taman di Persisiran dan Orchard.

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan