Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

STB siasat dakwaan langgar peraturan COVID-19 di atas kapal pesiaran Royal Caribbean

Gambar sekumpulan lebih daripada 10 lelaki dan wanita yang menaiki kapal itu dimuat naik ke Instagram. 

Anggaran Waktu Membaca:
STB siasat dakwaan langgar peraturan COVID-19 di atas kapal pesiaran Royal Caribbean

Gambar yang tular di media sosial tentang dakwaan langgar langkah jarak selamat di Royal Caribbean.

Diterbitkan : 31 Dec 2020 01:38PM Dikemas Kini : 31 Dec 2020 01:40PM

SINGAPURA: Lembaga Pelancongan Singapura (STB) sedang menyiasat dakwaan berlaku pelanggaran langkah pengurusan selamat COVID-19 di atas kapal pesiaran Royal Caribbean.

Gambar sekumpulan lebih daripada 10 lelaki dan wanita yang menaiki kapal itu dimuat naik ke Instagram.

Mereka tidak memakai pelitup dan berdiri atau duduk berdekatan antara satu sama lain

Pengarah Kapal Pesiaran STB Annie Chang berkata STB sedia maklum tentang insiden itu dan sedang menyiasat dakwaan tersebut.

Menurut STB, kapal-kapal pesiaran yang didapati tidak mematuhi rangka kerja CruiseSafe boleh dikenakan hukuman termasuk denda, digantung khidmat dan ditarik balik sijil CruiseSafe.

Dalam responsnya kepada Mediacorp, Royal Carribean menyatakan kapal pesiaran Ocean Gateaways menetapkan prinsip yang sama dan langkah-langkah keselamatan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa kesihatan di Singapura bagi tempat-tempat awam termasuk pusat beli-belah dan restoran.

Ini termasuk menghadkan jumlah orang yang dibenarkan berkumpul dalam sesebuah kumpulan. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan