Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

STB manfaatkan data pelancong untuk kekal berdaya saing

Dalam usaha menjadikan Singapura sebuah destinasi pelancong yang lebih menarik, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) berkongsi data mengenai pergerakan dan kelakuan para pelancong dengan pelbagai pihak termasuk Taman di Persisiran dan Sentosa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 May 2018 07:34PM Dikemas Kini : 02 May 2018 10:26PM

SINGAPURA: Dalam usaha menjadikan Singapura sebuah destinasi pelancong yang lebih menarik, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) berkongsi data mengenai pergerakan dan kelakuan para pelancong dengan pelbagai pihak termasuk Taman di Persisiran dan Sentosa.

Misalnya ia mendapati para pelancong Australia keluar bersiar-siar lebih awal dengan kebanyakannya melawat Taman di Persisiran seawal 10.00 pagi.

Sebaliknya, para pelancong China lebih suka ke tempat yang sama sekitar 3.00 petang dan menghabiskan masa purata 3 jam 24 minit di situ.

Ini antara dapatan wadah analitik data STB yang dilancarkan tahun lalu.

Wadah tersebut mengumpulkan data tentang kunjungan dan perbelanjaan pelancong serta pola pergerakan mereka.

Semua ini diharap membantu Singapura kekal berdaya saing dalam pasaran pelancongan sejagat.

Dengan para pelancong semakin bijak menilai, analitik data diperlukan untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing industri tersebut.

Diharapkan, dengan pemahaman lebih baik tentang pelancong, tempat-tempat daya tarikan boleh menyediakan tawaran yang lebih baik.

Namun, dengan kejadian pembocoran data termasuk yang melibatkan Uber pada 2016 serta Facebook baru-baru ini, ada pihak yang masih prihatin tentang pengumpulan dan perlindungan data.

Untuk meningkatkan perlindungan data, STB kini menyediakan garis panduan tentang bagaimana data boleh digunakan.

Tahun lalu, Singapura menerima kunjungan lebih 17 juta pelancong, mencecah jumlah rekod buat tahun kedua berturut-turut.

STB merancang meluaskan wadah analitik data dan melibatkan lebih ramai rakan industri bagi mengembangkan pasaran pelancongan Singapura. 

Sumber : CNA/UR/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan