Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

STB lanjutkan tempoh tebus baucar SingapoRediscover hingga hujung tahun

Tarikh penutup untuk menebus baucar SingapoRediscover akan dilanjutkan selama enam bulan hingga 31 Disember 2021 ini, dedah Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Jumaat (30 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
STB lanjutkan tempoh tebus baucar SingapoRediscover hingga hujung tahun

Singapore Flyer. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 30 Apr 2021 10:20PM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 10:23PM

SINGAPURA: Tarikh penutup untuk menebus baucar SingapoRediscover akan dilanjutkan selama enam bulan hingga 31 Disember 2021 ini, dedah Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Jumaat (30 Apr).

Skim baucar itu, yang diperkenalkan pada Ogos tahun lalu, bertujuan meningkatkan pelancongan domestik dengan menawarkan setiap warga Singapura baucar bernilai S$100, yang boleh digunakan untuk penginapan hotel tempatan, tiket ke tempat-tempat daya tarikan dan lawatan berpandu.

Baucar itu pada asalnya akan tamat pada Jun tahun ini.

STB menyatakan bahawa pihaknya akan bekerjasama rapat dengan rakan dan peniaga tempahan yang sah untuk melanjutkan tempoh lawatan dan tempahan yang boleh ditebus menggunakan baucar. Produk tersebut yang sah mulai 1 Julai 2021 boleh dibeli mulai 1 Jun.

STB juga menyatakan bahawa pihaknya akan memperbaiki kaedah menebus baucar.

Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan berkata bahawa melanjutkan tarikh luput tersebut membolehkan rakyat Singapura menjarakkan masa lawatan mereka dan mengurangkan kesesakan yang tidak perlu walaupun sedang langkah-langkah jarak selamat masih dikuatkuasakan di tengah pandemik COVID-19.

Beliau berkata demikian pada Jumaat di pelancaran sebuah pameran taman yang memaparkan seni pemasangan kaca oleh seniman Amerika Dale Chihuly di Taman di Pesisiran.

Dalam satu kenyataan media pada Jumaat, STB mendedahkan bahawa lebih daripada sejuta orang dewasa Singapura sudah menggunakan baucar itu sekurang-kurangnya sekali dengan jumlah keseluruhan 1.3 juta urus niaga.

Skim baucar itu menyumbang lebih S$200 juta untuk perniagaan berkaitan pelancongan di Singapura. Sebanyak S$147 juta adalah untuk tempahan pelancongan dan S$55 juta lagi adalah perbelanjaan tambahan untuk runcit, makanan dan minuman, dan pengangkutan, menurut agensi pelancongan itu.

STB menyatakan perniagaan pelancongan melihat pendapatan mereka meningkat sejak baucar dikeluarkan pada Disember tahun lalu.

Terdapat 793,000 urus niaga untuk tempahan daya tarikan, merangkumi lebih daripada separuh daripada semua transaksi baucar dan tempahan hotel menyumbang pendapatan urus niaga tertinggi sebanyak S$80.3 juta.

Tempahan lawatan juga meningkat tiga kali ganda antara Disember 2020 hingga April 2021.

Warga Singapura yang berusia 18 tahun ke atas akan dapat menebus Baucar SingapoRediscovers S$100 mereka secara online menerusi lima wadah tempahan yang diluluskan.

Warga Singapura boleh menebus baucar mereka melalui:

  • Changi Travel Services, juga dikenali sebagai Changi Recommends
  • GlobalTix
  • Klook
  • Traveloka
  • Trip.com

Mereka perlu log masuk ke akaun Singpass mereka, sistem identiti digital nasional, dan membuat tempahan melalui salah satu daripada lima platform tersenarai.

Namun mulai suku ketiga tahun ini, warga Singapura yang tidak dapat mengakses akaun Singpass mereka boleh mengunjungi pusat atau kelab masyarakat untuk menebus baucar mereka menggunakan kad pengenalan mereka.

STB menyatakan bahawa pihaknya akan memperbaiki laman di mana orang ramai dapat menebus baucar mereka dengan memaparkan lebih banyak tawaran bulanan dari lima platform tempahan yang dibenarkan, serta maklumat mengenai usaha pendermaan baucar.

Agensi dan rakan tempahan juga akan bekerjasama dengan pelbagai tarikan untuk menubuhkan kaunter penebusan baucar di lokasi-lokasi tersebut.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan