Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

STB lancarkan rangka kerja teknologi bantu hotel lalui transformasi

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) mengumumkan satu rangka kerja untuk membantu hotel-hotel memanfaatkan teknologi dan mengubah cara beroperasi dalam landskap digital yang pesat berubah.

Anggaran Waktu Membaca:
STB lancarkan rangka kerja teknologi bantu hotel lalui transformasi

Seorang pelanggan mencuba kiosk daftar sendiri di Yotel Singapore. (Gambar: Tang See Kit)

Diterbitkan : 23 Nov 2017 05:55PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 06:00PM

SINGAPURA: Lembaga Pelancongan Singapura (STB) mengumumkan satu rangka kerja untuk membantu hotel-hotel memanfaatkan teknologi dan mengubah cara beroperasi dalam landskap digital yang pesat berubah.

Perancangan Teknologi Hotel Bijak itu akan mengenal pasti keupayaan sistem generasi masa depan seperti sistem pengenalan wajah semasa berdaftar dan melakukan pembayaran elektronik untuk membantu hotel-hotel menjadi lebih "bijak", menurut STB dalam satu kenyataan media hari ini (23 Nov).

Ia akan diterajui STB bersama Jawatankuasa Inovasi Hotel dan dipimpin Persatuan Hotel Singapura (SHA).

Satu ciri utama perancangan itu adalah senarai Teknologi Asas Hotel Bijak iaitu satu senarai penyedia solusi untuk membantu hotel-hotel dalam perubahan itu.

"Industri hotel harus terus berinovasi dan membuat perubahan supaya selari dengan trend-trend yang baru dalam bisnes dan teknologi serta pilihan para pelanggan yang semakin berubah," kata Presiden SHA Albert Teo.

Usaha-usaha tersebut menyusuli pelancaran Perancangan Perubahan Industri Hotel (ITM) tahun lalu. Melalui ITM, lembaga pelancongan bermatlamat untuk menumpukan perhatian kepada model bisnes yang kurang kebergantungan kepada tenaga manusia; berinovasi menerusi pembangunan solusi baru; mengembangkan bisnes dengan bersifat antarabangsa dan membina kemahiran yang kukuh.

Salah satu usaha adalah Cabaran Hotel Inovasi yang diadakan Mei lalu di mana huraian-huraian yang dikemukakan diraih daripada orang ramai untuk mencari penyelesaian bagi kelemahan, meningkatkan daya penghasilan dan pengalaman para pelanggan.

Lebih 30 hotel yang dijangka menerajui huraian-huraian dalam bidang seperti kecerdasan buatan, robotik dan sistem pengenalan wajah.

Bagi menangani cabaran industri hotel dari segi tenaga manusia, lembaga pelancongan juga membentangkan Kempen Kerjaya Hotel selama tiga tahun pada Julai lalu, untuk merangsang kesedaran tentang pekerjaan dan kerjaya yang ditawarkan dalam sektor tersebut.

Memandang ke hadapan, satu daya usaha Mereka Semula Pengalaman & Pekerjaan akan dilancarkan tahun depan untuk menyediakan kerjaya-kerjaya baru dan lebih menambah nilai kepada individu-individu yang berkemahiran.

STB juga akan bekerjasama dengan pengendali hotel Far East Hospitality Management untuk melaksanakan usaha-usaha baru itu di kesemua kumpulan hotel itu, termasuk tiga hartanah baru yang dijangka dibuka di Sentosa menjelang 2019.

Ini termasuk menggunakan teknologi bijak dan kecerdasan buatan bagi operasi hotel, huraian elektronik untuk pengurusan bilik, proses pendaftaran elektronik sendiri dan satu program memupuk bakat yang dijalankan sendiri.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan