Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

StarHub tidak lagi siar saluran Discovery Network bermula Julai

Para pelanggan StarHub tidak lama lagi tidak akan dapat menonton rancangan kegemaran mereka daripada 11 saluran di bawah Discovery Network. 

Anggaran Waktu Membaca:
StarHub tidak lagi siar saluran Discovery Network bermula Julai

(Gambar: Discovery Channel Southeast Asia/ Facebook, AFP)

Diterbitkan : 06 Jun 2018 09:45PM Dikemas Kini : 07 Jun 2018 10:44AM

SINGAPURA: Para pelanggan StarHub tidak lama lagi tidak akan dapat menonton rancangan kegemaran mereka daripada 11 saluran di bawah Discovery Network. Ini kerana rundingan antara kedua-dua syarikat "tidak berhasil", dedah syarikat telko itu di laman rasminya.

Di bawah bahagian "Penghentian Saluran-Saluran Discovery Network" di laman rasminya, StarHub menyatakan bahawa tujuh salurannya - Discovery Channel, TLC, Animal Planet, Discovery Science, Eurosport dan Setanta Sports - tidak akan disiarkan lagi bermula 30 Jun pada jam 12.00 tengah hari.

Selain itu, empat lagi saluran - the Asian Food, HGTV, Travel Channel dan Food Network - juga tidak akan disiarkan lagi bermula waktu tengah hari pada 31 Ogos.

Ia menambah: "Kami sedang berusaha untuk mencapai persetujuan yang membolehkan kerjasama antara Discovery dengan StarHub untuk diteruskan sementara menawarkan kandungan yang sama kepada para pelanggan pada harga berpatutan.

"Malangnya, pada saat ini, kami belum lagi berjaya untuk memperbaharui perjanjian kami untuk menyiarkan saluran-saluran Discovery. Kami berusaha untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada para pelanggan kami sekiranya ada sebarang perubahan.

"Oleh itu, tanggungjawab kami untuk memaklumkan anda bahawa saluran-saluran ini masing-masing tidak akan disiarkan bermula 12.00 tengah hari pada 30 Jun dan 31 Ogos (kecuali jika kami berjaya untuk mencapai persetujuan dengan Discovery)," tambah syarikat telko itu.

Menyentuh tentang sama ada para pelanggan boleh membatalkan kontrak TV dengan syarikatnya tanpa dikenakan kos sampingan menyusuli insiden ini, StarHub menyatakan bahawa ia memahami "kesan yang ada pada para pelanggannya selepas saluran-salurannya tidak lagi disiarkan" dan ia sedang "membuat penelitian".  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan