Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

StarHub meterai perjanjian jadi pengedar rasmi khidmat Disney+

Para penonton Singapura akan boleh mengakses rancangan di platform penstriman Disney+ menerusi televisyen StarHub, khidmat rangkaian 5G alat mudah alih atau jalur lebar, menurut telko tempatan itu pada Khamis (7 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
StarHub meterai perjanjian jadi pengedar rasmi khidmat Disney+

(Gambar: Disney+)

Diterbitkan : 07 Jan 2021 07:37PM Dikemas Kini : 07 Jan 2021 07:42PM

SINGAPURA: Para penonton Singapura akan boleh mengakses rancangan di platform penstriman Disney+ menerusi televisyen StarHub, khidmat rangkaian 5G alat mudah alih atau jalur lebar, menurut telko tempatan itu pada Khamis (7 Jan).

Dalam satu kenyataan media, StarHub menyatakan bahawa pihaknya sudah menandatangani satu perjanjian eksklusif dengan The Walt Disney Company untuk menjadi pengedar rasmi bagi Disney+ di Singapura.

Apabila ia dilancarkan pada 23 Feb, para pelanggan boleh mengakses enam jenama kandungan Disney di peralatan pilihan masing-masing, sama ada di televisyen atau alat mudah alih, menurut StarHub.

Enam jenama kandungan yang ditawarkan kepada para penonton adalah: Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic dan platform hiburan Asia Star.

Maklumat mengenai harga, serta cara mendaftar untuk khidmat itu "akan didedahkan tidak lama lagi", menurut laman StarHub. Disney+ di StarHub akan ditawarkan kepada para pelanggan kini dan baru, tambahnya.

Disney+ menyatakan bahawa ia akan mengenakan bayaran S$11.98 setiap bulan (atau S$119.98 setiap tahun) bagi setiap langganan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan