Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

StanChart berhenti urus Akaun Pembangunan Anak hujung tahun ini

Dianggarkan sekitar 22,500 CDA yang diuruskan oleh bank tersebut akan terjejas dengan penutupan ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
StanChart berhenti urus Akaun Pembangunan Anak hujung tahun ini

Satu cawangan bank Standard Chartered di Singapura. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 31 Jan 2018 07:06PM Dikemas Kini : 31 Jan 2018 08:44PM

SINGAPURA: Semua Akaun Pembangunan Anak (CDA) yang diuruskan Bank Standard Chartered akan ditutup pada hujung tahun ini, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) hari ini (31 Jan).

Pemegang amanah CDA dengan anak yang berusia bawah 12 tahun dan memegang akaun CDA dengan StanChart perlu menukar akaun ke bank yang dilantik kementerian itu sebelum 31 Oktober.

Dianggarkan sekitar 22,500 CDA yang diuruskan oleh bank tersebut akan terjejas dengan penutupan ini.

Pada 2015, MSF mengumumkan bahawa StanChart tidak lagi akan menerima permohonan baru CDA tetapi akan terus menguruskan CDA yang sedia ada sehingga hujung 2018.

Kementerian tersebut juga melantik Bank DBS dan Bank Overseas United sebagai ejen pengurusan baru bagi CDA, selain penyedia yang sedia ada iaitu Oversea-Chinese Banking Corp.

Permohonan online boleh dilakukan secara percuma di laman Bonus Bayi. CDA baru akan dibuka dalam masa tiga hari biasa dan baki CDA akan dipindahkan secara automatik ke akaun baru.

Semua pemegang amanah yang terjejas akan menerima surat dari MSF pada bulan ini mengenai cara untuk menukar bank CDA. Jika pemegang amanah tidak menukar CDA mereka sebelum 31 Oktober, MSF akan secara automatik memindahkan akaun tersebut ke bank lain.

Pemegang amanah dengan anak yang berusia 12 tahun pada tahun ini tidak perlu berbuat apa-apa. Sebaliknya, mereka boleh terus menggunakan CDA dengan StanChart hingga akhir tahun ini.

CDA anak tersebut akan ditutup secara automatik, dan bakinya pula akan dipindahkan ke Akaun Pendidikan Pos-Menengah pada Januari 2019, apabila anak itu berusia 13 tahun.  

Sumber : CNA/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan