Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ST&T-PERGAS meterai MOU bantu institusi kewangan tawar produk patuhi syariah

Satu Memorandum Persefahaman (MOU) dimeterai antara ST&T International Pte Ltd dengan bahagian Konsultan Kewangan Syariah PERGAS hari ini (4 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
ST&T-PERGAS meterai MOU bantu institusi kewangan tawar produk patuhi syariah

Para wakil daripada ST&T International Pte Ltd bersama dengan PERGAS. (Gambar: ST&T)

SINGAPURA: Satu Memorandum Persefahaman (MOU) dimeterai antara ST&T International Pte Ltd dengan bahagian Konsultan Kewangan Syariah PERGAS hari ini (4 Okt).

MOU itu bertujuan untuk membina kerjasama antara kedua-dua pihak dalam memberi panduan kepada institusi-institusi kewangan Singapura untuk menawarkan produk-produk yang mematuhi syariah.

Pengasas ST&T Encik Ayoob Angullia memberitahu BERITAmediacorp bahawa banyak institusi kewangan di sini terutama sekali daripada sektor insurans dan perbankan ingin berurusan dengan rakan sejawatan di rantau ini.

Beliau menambah permintaan daripada institusi kewangan di rantau ini terutama sekali dari Malaysia, Brunei dan Indonesia lebih cenderung kepada produk-produk yang mematuhi syariah.

Lantaran itu, MOU yang dimeterai diharap dapat menggalak institusi tempatan mempunyai peluang jika ingin menebarkan sayap.

MOU itu juga bermakna akan ada kerjasama rapat antara ST&T dengan PERGAS untuk membantu institusi-institusi berkenaan menawarkan produk yang mematuhi syariah.

Institusi-institusi yang sudah menjalani program bimbingan dan panduan ST&T dengan PERGAS akan diberi pensijilan selepas memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan