Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SportSG sokong keputusan MINDEF tolak permohonan Ben Davis tangguh NS

Sport Singapore (SportSG) menyuarakan sokongan terhadap keputusan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk tidak meluluskan permohonan Benjamin Davis menangguhkan perkhidmatan negara (NS).

Anggaran Waktu Membaca:
SportSG sokong keputusan MINDEF tolak permohonan Ben Davis tangguh NS

Pemain bola sepak belia Benjamin Davis (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 19 Jul 2018 08:11AM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 09:24AM

SINGAPORRE: Sport Singapore (SportSG) menyuarakan sokongan terhadap keputusan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk tidak meluluskan permohonan Benjamin Davis menangguhkan perkhidmatan negara (NS).

Menurut kenyataan SportSG pada Rabu (18 Jul), ini disebabkan keluarga Davis "tidak dapat" memberi komitmen untuk beliau kembali ke Singapura menjalani NS.

"Komitmen yang tentu, untuk kembali menjalani NS pada tarikh khusus adalah syarat penting dalam permohonan penundaan," jelas SportSG.

"Dalam kes ini, MCCY (Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia) dan SportSG sebelum ini sudah berhubung dengan keluarga Davis dan memaklumkan kepada mereka pentingnya memberi komitmen itu.

"Oleh kerana mereka tidak dapat memberi komitmen, SportSG menyokong keputusan MINDEF untuk menolak permohonan tersebut."

Pada Rabu, MINDEF menyatakan bahawa bapa Benjamin, Harvey Davis, "tidak memberi komitmen tarikh" bila anaknya bercadang untuk pulang dan menjalani perkhidmatan negara, semasa proses permohonan penangguhan.

"Tindakan (Benjamin) bertujuan untuk memajukan kerjaya profesionalnya, bukan kepentingan negara. Seperti yang diakui secara terbuka oleh bapanya, beliau mementingkan masa depan anaknya, bukan masa depan Singapura," menurut MINDEF.

SportSG menambah ia akur bahawa bola sepak adalah suatu sukan yang boleh menyatukan dan memberi semangat bagi warga Singapura, sama seperti sukan berpasukan lain. Ia menyatakan pihaknya akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan sukan kebangsaan (NSA) bagi "memastikan ada strategi seluruh pasukan yang khusus, yang membolehkan sokongan lebih teratur diberikan".

"Dalam hal ini, kami ingin bekerjasama dengan MINDEF untuk menjayakan aspirasi kami bagi pasukan bola sepak kebangsaan," menurut SportSG.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan