Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SPF sangkal dakwaan luluskan permit anjur bantahan di luar Suruhanjaya Tinggi Australia

Dakwaan yang dibuat menerusi catatan di Twitter yang mengatakan polis mungkin akan meluluskan bantahan yang dirancang diadakan di luar Suruhanjaya Tinggi Australia adalah tidak benar, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Rabu (9 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
SPF sangkal dakwaan luluskan permit anjur bantahan di luar Suruhanjaya Tinggi Australia

Catatan Twitter oleh pengguna @watermelonsalt5 mengenai satu bantahan terancang di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia.

Diterbitkan : 09 Jun 2021 08:20PM Dikemas Kini : 09 Jun 2021 08:22PM

SINGAPURA: Dakwaan yang dibuat menerusi catatan di Twitter yang mengatakan polis mungkin akan meluluskan bantahan yang dirancang diadakan di luar Suruhanjaya Tinggi Australia adalah tidak benar, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Rabu (9 Jun).

“Polis sedia maklum tentang satu tweet oleh pengguna ‘@watermelonsalt5’ di Twitter yang membayangkan satu bantahan akan diadakan di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia pada 20 Jun 2021," menurut polis dalam kenyataan medianya.

“Pengguna itu juga mendakwa bahawa dia sudah memeriksa dengan Pasukan Polis Singapura dan permit untuk mengadakan bantahan itu mungkin akan diluluskan.

“Bercanggah dengan apa yang didakwa oleh catatan-catatan itu, polis tidak menerima sebarang pertanyaan mengenai permohonan atau permit untuk mengadakan bantahan itu."

Dalam catatan Twitter pada 4 Jun, @watermelonsalt5 mendakwa bantahan itu disasarkan kepada Perdana Menteri Australia Scott Morrison yang akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura pada Khamis.

Ketika berada di Singapura, Encik Morrison akan menghadiri mesyuarat pemimpin bersama dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Istana.

Lawatan Encik Morrison ke Singapura itu akan menjadi lawatan rasmi pertama oleh seorang pemimpin luar negara sejak pandemik COVID-19 melanda.

“Saya sedang merancang untuk mengadakan satu bantahan perseorangan di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia pada Khamis," tulis @watermelonsalt5.

“(Saya) akan mencetakkan satu gambar besar seekor tikus dan #SottyGoHome #LoveIsNotTourism #strandedAussies #LetUsBackToAus

“(Saya) sudah periksa dengan Pasukan Polis Singapura, ia mungkin akan meluluskan permit untuk mengadakan bantahan."

Pengguna itu juga memuat naik satu catatan di Twitter yang "mengajak warga Australia yang terkandas, para pemegang Visa 485 dan Visa Pelajar di Singapura" untuk "membuat satu kenyataan" semasa lawatan Encik Morrison.

Catatan Twitter itu dan ulang ciap daripada akaun itu mengutuk dasar-dasar pemerintah Australia mengenai sekatan perjalanan yang menyebabkan ramai rakyat negara itu terkandas di luar negara.

Para pelajar antarabangsa juga terjejas oleh sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan.

Pengguna itu menyertai Twitter pada April tahun ini dan kini mempunyai seramai 14 pengikut.

Polis mengingatkan orang ramai bahawa perbuatan menganjurkan atau menyertai perhimpunan awam tanpa permit polis adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Pihak berkuasa menambah ia tidak akan meluluskan sebarang permit bagi perhimpunan yang menyokong perjuangan politik negara-negara lain.

“Warga asing yang melawat atau menetap di Singapura mesti mematuhi undang-undang kita," tegas SPF.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan