Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Spesies monyet 'Raffles' Banded Langur' bakal terlindung

Spesis monyet asal Singapura, 'Raffles' Banded Langur' yang hampir pupus kini diberi peluang penakatan di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Spesies monyet 'Raffles' Banded Langur' bakal terlindung

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 12 Oct 2019 08:36PM Dikemas Kini : 12 Oct 2019 08:39PM

SINGAPURA: Spesis monyet asal Singapura, 'Raffles' Banded Langur' yang hampir pupus kini diberi peluang penakatan di Singapura.

Ini apabila salah satu habitat terakhir haiwan itu sedang dipulihara, dengan Taman Alam Semula Jadi Thomson kini ditetapkan sebagai tapak pemuliharaan utama.

Faktor-faktor seperti pembandaran menyebabkan bilangan monyet itu berkurangan kepada kira-kira 300 di seluruh dunia.

Monyet-monyet itu kini boleh hidup selesa di Taman Alam Semula Jadi Thomson yang seluas 50 hektar.

Direka sebagai tapak perlindungan untuk monyet jenis 'Raffles' Banded Langur' itu, pokok-pokok juga ditanam di sekitar taman untuk menghubungkan kawasan hutan dan memudahkan pergerakan mereka. Ini di samping menyediakan banyak sumber makanan bagi spesies monyet itu.

Sekitar 60 spesies monyet itu berada di Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah yang merupakan salah satu tempat di dunia di mana spesies monyet itu boleh ditemui, selain daripada daerah Selatan Malaysia.

Strategi Singapura untuk menyelamatkan spesies monyet itu dilancarkan pada 2016.

Menurut para pengkaji, jumlah spesies monyet itu stabil dan bertambah secara beransur.

Buat masa ini, meluaskan kawasan tempat tinggal mereka kekal sebagai strategi pemuliharaan yang penting. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan