Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sokongan padu akan terus diberikan kepada para guru, ikrar Lawrence Wong

Menteri Pendidikan Lawrence Wong berikrar untuk terus memberi sokongan kepada guru-guru agar mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Sep 2020 06:55PM Dikemas Kini : 04 Sep 2020 09:31PM

SINGAPURA: Menteri Pendidikan Lawrence Wong berikrar untuk terus memberi sokongan kepada guru-guru agar mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

Dalam satu wawancara bersama stesen radio Mediacorp CNA938 pada Jumaat (4 Sep), beliau berkata matlamat utama teras pendidikan tidak berubah.

Matlamat-matlamat itu termasuk memastikan setiap kanak-kanak dapat mencapai kebolehan mereka sepenuhnya, menerapkan rasa gembira untuk belajar dan pendidikan yang menyeluruh untuk anak-anak.

Lantaran itu, Encik Wong berkata, guru-guru yang berkebolehan diperlukan dan mereka perlu terus diberi sokongan.

Sekolah-sekolah juga akan mempunyai lebih ramai kaunselor bimbingan kerjaya, pegawai kebajikan dan guru pakar.

Bantuan-bantuan dalam bentuk lain juga akan diberikan.

Encik Wong melahirkan penghargaan tinggi kepada para guru kerana kerja keras mereka untuk meneruskan pembelajaran di rumah mahupun di sekolah, di tengah-tengah pandemik COVID-19. 

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan