Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sokongan orang ramai semakin meningkat terhadap karyawan jagaan kesihatan

Hospital-hospital di sini melihat sokongan yang semakin meningkat kepada para pekerja mereka yang perlu bekerja waktu panjang dan merawat lebih ramai pesakit dalam berdepan dengan penularan virus korona COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Feb 2020 07:09PM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 12:02AM

SINGAPURA: Hospital-hospital di sini melihat sokongan yang semakin meningkat kepada para pekerja mereka yang perlu bekerja waktu panjang dan merawat lebih ramai pesakit dalam berdepan dengan penularan virus korona COVID-19.

Ini di tengah-tengah laporan mengenai karyawan jagaan kesihatan yang dijauhi oleh orang ramai.

Kata-kata semangat sebagai menunjukkan penghargaan kepada kakitangan jagaan kesihatan yang berdepan dengan penularan COVID-19.

Bahkan bukan kad-kad penghargaan sahaja, ada yang menghantar cemil-cemilan dan air minuman kepada kakitangan Hospital Besar Singapura (SGH).

Beberapa syarikat turut menghulurkan sumbangan makanan untuk kakitangan Hospital Tan Tock Seng yang bekerja sepanjang 24 jam.

Kesatuan bagi karyawan jagaan kesihatan mengatakan
orang ramai tidak perlu bimbang berada dekat dengan para pekerja barisan hadapan.

"Mereka semua amat terlatih. Mereka tahu mengenai kawalan jangkitan. Mereka tahu langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu diambil," menurut presiden Kesatuan Sekerja Khidmat Penjagaan Kesihatan, K Thanaletchimi.

Kesatuan itu akan mengagihkan 3,000 pek jagaan diri dalam masa dua minggu ini.

Satu dana dipanggil "Sayang-sayang" juga ditubuhkan.

Matlamatnya untuk mengumpul S$500,000 dan sebahagiannya akan digunakan untuk memberi baucar pengangkutan kepada pekerja jagaan kesihatan. 

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan