Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sokongan kesejahteraan mental pelajar penting dalam pendidikan: Presiden Halimah

Presiden Halimah Yacob berkata selain menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada pelajar, para pendidik juga harus menyokong kesejahteraan mental para pelajar.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Dec 2020 09:12PM Dikemas Kini : 17 Dec 2020 09:55PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata selain menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada pelajar, para pendidik juga harus menyokong kesejahteraan mental para pelajar.

Beliau berkata demikian semasa lawatannya ke Pusat Jagaan Pelajar di Politeknik Republic pada Khamis (17 Dis).

Pusat tersebut menyokong pelajar yang memerlukan bantuan kesejahteraan mental dan pendidikan khas.

Puan Halimah memuji program-program kesejahteraan mental yang dikendalikan oleh pusat tersebut, yang termasuk khidmat kaunseling dan pendidikan mengenai ketahanan mental.

Beliau berharap lebih banyak sekolah akan menubuhkan program-program yang serupa.

"Dan kita lihat bagi Politeknik Republic, mereka mengadakan modul dalam kurikulum mereka yang perlu diambil oleh semua pelajar tentang kesihatan mental.

"Itu suatu yang baik dan perkara yang bijak sebab ia mengajar pelajar-pelajar untuk mengendalikan masalah cabaran mental yang mereka hadapi.

"Mereka juga menghadapi cabaran lain seperti guru-guru, seperti rakan-rakan yang menjadi sokongan, sokongan rakan sebaya mereka dan juga kaunseling, jika diperlukan," kata Presiden Halimah. 

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan