Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sokongan dipertingkat bantu penjaja beralih ke wadah online

Lebih banyak bantuan untuk para penjaja beralih ke wadah online. Pemerintah akan menubuhkan perikatan melibatkan masyarakat dan para pemain industri serta para penjaja untuk mengatasi sebarang halangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jun 2021 08:47PM Dikemas Kini : 15 Jun 2021 10:34PM

SINGAPURA: Lebih banyak bantuan untuk para penjaja beralih ke wadah online.

Pemerintah akan menubuhkan perikatan melibatkan masyarakat dan para pemain industri serta para penjaja untuk mengatasi sebarang halangan.

Ini ketika pandemik COVID-19 menjejas penakatan para penjaja di sini.

Menurut Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Dr Amy Khor dan Menteri Negara Tan Kiat How, mereka akan mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi para penjaja.

Ini termasuk bayaran komisen yang tinggi dan kesukaran menggunakan wadah online.

Huraian-huraian yang boleh dimanfaatkan termasuk wadah WhyQ, yang tidak semestinya memerlukan kecelikan digital.

Ini kerana kakitangan dikerahkan ke pusat-pusat penjaja untuk menyelaraskan tempahan dan penghantaran.

WhyQ juga tidak mengenakan bayaran komisyen atau pendaftaran.

Sekitar 60 daripada 83 penjaja di Pasar Tiong Bahru menyertai WhyQ, dengan sebahagian daripada mereka menyertai wadah-wadah lain.

Lebih separuh daripada 6,000 pegerai makanan dimasak di Singapura, menyertai wadah-wadah penghantaran.

Sumber : CNA/ZM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan