Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sokongan bagi penjaga pesakit Alzheimer dipertingkat

Sokongan berterusan akan diberikan kepada para penjaga pesakit Alzheimer.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Jan 2019 07:46PM Dikemas Kini : 05 Jan 2019 10:49PM

SINGAPURA: Sokongan berterusan akan diberikan kepada para penjaga pesakit Alzheimer.

Sepanjang beberapa bulan lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) sudah mendampingi sekitar 200 penjaga dan pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklum balas mengenai cara meningkatkan sokongan bagi para penjaga pesakit Alzheimer.

Menteri Negara Kanan Kesihatan, Edwin Tong, berkata demikian di majlis menghargai jasa para penjaga pesakit Alzheimer, yang diadakan hari ini (5 Jan).

Encik Tong berkata kerjasama dengan masyarakat serta pihak penyedia khidmat jagaan akan disemak dan ditambah.

Bidang-bidang utama yang akan disemak termasuk menyediakan jagaan lebih bermutu dan memudahkan lagi untuk mendapatkan maklumat mengenai khidmat-khidmat yang disediakan.

Encik Tong mendedahkan bahawa sekitar 800 pusat jagaan siang untuk para pesakit demensia sudah disediakan sejak beberapa tahun lalu, yang dapat menampung sekitar 3,000 pesakit setiap hari.

Dalam majlis itu, satu Memorandum Persefahaman (MOU) dimeterai antara Persatuan Penyakit Alzheimer (ADA) dengan badan kemasyarakatan, Yayasan RHT Rajan Menon. 

Sumber : CNA/SS/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan