Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sokong perniagaan, pekerja keutamaan Belanjawan 2020: Indranee

 Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah menggariskan tiga strategi bagi Belanjawan Singapura tahun depan, di tengah-tengah persekitaran global yang semakin mencabar.

Anggaran Waktu Membaca:
Sokong perniagaan, pekerja keutamaan Belanjawan 2020: Indranee

Gambar fail Cik Indranee Rajah. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 03 Dec 2019 10:53PM Dikemas Kini : 18 Feb 2020 02:43PM

SINGAPURA: Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah menggariskan tiga strategi bagi Belanjawan Singapura tahun depan, di tengah-tengah persekitaran global yang semakin mencabar.

Tiga strategi itu adalah ubah, sokong, dan kekalkan.

Keutamaan akan diberikan kepada usaha menyokong perniagaan untuk membantu mereka berinovasi, menyerantau dan membangunkan keupayaan.

Pada masa yang sama, pekerja akan dibantu untuk meningkatkan kemahiran dan peroleh kemahiran baru supaya kekal berdaya saing.

Belanjawan tahun depan juga akan memastikan negara ini bersifat mesra alam dan mampan dari segi kewangan.

Cik Indranee berkata: "Para pemimpin 4G akan memperkukuhkan kerjasama pemerintah dengan warga Singapura dengan melibatkan lebih banyak kumpulan yang berkepentingan dalam membincangkan masa depan Singapura secara langsung, dan dengan mewujudkan dan menggabungkan bersama dasar dan program baru, seperti yang kita lakukan hari ini dengan dialog ini. Cadangan dan idea yang anda sumbangkan hari ini akan membantu kami membentuk idea dan inisiatif untuk Belanjawan 2020, dan membantu kami merancang masa depan kita."

Cik Indranee berkata demikian dalam sesi dialog sebelum Belanjawan yang dianjurkan oleh cabang maklum balas pemerintah, REACH, satu saluran bagi mengumpul maklum balas untuk Belanjawan tahun depan.

Dalam dialog malam ini (3 Dis), kira-kira 120 peserta membincangkan tajuk-tajuk termasuk perniagaan dan inovasi, sokongan bagi warga tua, dan kos sara hidup.

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan