Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMU wajibkan pengalaman luar negara bagi semua mahasiswa baru

Mulai Ogos ini, semua mahasiswa baru Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dikehendaki memperolehi pendedahan luar negara sebelum mereka menamatkan pengajian.

Anggaran Waktu Membaca:
SMU wajibkan pengalaman luar negara bagi semua mahasiswa baru

(Gambar Hiasan: Universiti Pengurusan Singapura, SMU)

Diterbitkan : 22 Mar 2018 10:20AM Dikemas Kini : 22 Mar 2018 11:41AM

SINGAPURA: Mulai Ogos ini, semua mahasiswa baru Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dikehendaki memperolehi pendedahan luar negara sebelum mereka menamatkan pengajian.

Mengumumkan peraturan baru itu menerusi kenyataan medianya hari ini (22 Mac), SMU menyatakan: “Dengan kelebihan daya saing ini yang bakal diperolehi para mahasiswa daripada pendedahan global sebegini, SMU akan meningkatkan peluang dan sokongan kepada para mahasiswa dan memastikan setiap mahasiswa dapat memasuki dunia pekerjaan dengan pengalaman luar negara.”

Bagi memastikan tiada seorang pun yang terlepas daripada menimba pengalaman luar negara yang diwajibkan itu disebabkan oleh masalah kewangan, universiti berkenaan akan memperluaskan peluang global yang sedia ada dengan memperkenalkan “bentuk kegiatan pendedahan global yang baru” serta meningkatkan bantuannya kepada mahasiswa sedemikian.

Dalam kalangan 1,775 graduan dari Kohort 2017, 87 peratus daripada mereka memperolehi sekurang-kurangnya satu bentuk pendedahan global semasa di universiti dan 55 peratus menamatkan pengajian dengan sekurang-kurangnya dua bentuk pendedahan global.

Buat masa ini, SMU bekerjasama dengan 255 universiti di lebih 170 bandar dari 50 negara bagi beberapa program pertukaran dan pengajian jangka pendek.

Memandangkan pertukaran antarabangsa adalah “bentuk pendedahan global yang paling popular” yang diambil oleh para mahasiswa, universiti itu akan berusaha untuk menawarkan lebih banyak peluang global bagi pada masa akan datang.

Selain itu, Naib Provos (Ehwal Mahasiswa) SMU Profesor Lim Kian Guan turut berkata bahawa ia akan memanfaatkan pedagogi SMU-X di mana para mahasiswa bekerja dalam kumpulan untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan-pertubuhan dan ini akan menawarkan lebih banyak pendedahan luar negara.

SMU sudahpun meluaskan kerjasamanya bagi memberi peluang kepada para mahasiswa untuk melibatkan diri dalam projek-projek SMU-X dengan syarikat-syarikat, pertubuhan-pertubuhan bukan mencari untung dan rakan universiti luar negara. 

Sumber : Today/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan