Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMRT lantik Lembaga Siasatan berhubung kematian teknisyen

SMRT telah melantik sebuah Lembaga Siasatan berhubung kematian seorang teknisyennya yang terhempap sebuah bas yang sedang dibaikinya.

Anggaran Waktu Membaca:
SMRT lantik Lembaga Siasatan berhubung kematian teknisyen

Depot Ang Mo Kio SMRT. (Gambar: Google streetview)

Diterbitkan : 11 Jun 2021 08:22PM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 08:24PM

SINGAPURA: SMRT telah melantik sebuah Lembaga Siasatan berhubung kematian seorang teknisyennya yang terhempap sebuah bas yang sedang dibaikinya.

Lembaga Siasatan itu akan dipengerusikanseorang anggota lembaga SMRT, bersama dengan seorang pakar kejuruteraan mekanikal bebas, menurut pengendali pengangkutan awam itu pada Jumaat (11 Jun).

SMRT juga sedang membantu Pasukan Polis Singapura dan Kementerian Tenaga Manusia dalam siasatan berasingan, katanya dalam satu catatan Facebook.

Kejadian itu berlaku di depot Ang Mo Kio SMRT Automotive Services pada pagi 6 Jun. Teknisyen yang meninggal dunia itu adalah seorang penduduk tetap Singapura berusia 43 tahun.

Beliau merupakan salah seorang daripada tiga teknisyen yang sedang memeriksa dan membaiki roda stereng sebuah bas mini yang longgar, menurut SMRT pada Jumaat.

Teknisyen itu menggunakan dua bicu kereta untuk menyokong bahagian depan bas mini manakala lagi dua teknisyen melakukan kerja-kerja pembaikan di bawah kenderaan itu, menurut syarikat berkenaan.

Bagaimanapunbicu kereta itu 'terlepas' dan dua teknisyen yang melakukan kerja di bawah bas cedera. Mereka segera dikejarkan ke hospital di mana seorang daripadanya kemudian meninggal dunia. Seorang lagi teknisyen yang cedera dibenarkan pulang dan hospital dan diberikan cuti sakit, menurut SMRT.

"Keutamaan kami adalah untuk memberi sokongan kepada keluarga teknisyen yang meninggal dunia dan menyediakan kaunseling serta sokongan kepada pekerja yang cedera," menurut syarikat itu.

Menyusuli kejadian itu, SMRT segera mengeluarkan arahan berhenti kerja di semua bengkel Automotive Services.

Semua peralatan mengangkut diperiksa dan taklimat pekerja mengenai arahan tugas dan garis panduan keselamatan dijalankan, tambahnya.

Satu amaran Majlis Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja (WSH) menyatakan pekerja berkenaan menaikkan bas dengan menggunakan dua bicu kereta dan sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di bawah kenderaan itu apabila salah satu daripada bicu itu tiba-tiba terlepas.

Majlis WSH menyatakan bicu kereta seharusnya tidak digunakan untuk menyokong kenderaan berat seperti bas dan lori. Peralatan bicu bagi kenderaan berat sebaliknya harus digunakan.

Alat sokongan kenderaan juga seharusnya digunakan untuk memberi sokongan tambahan. Sekiranya ada, pit penyenggaraan kenderaan atau tanjakan kenderaan yang dibina khas seharusnya digunakan.

SMRT menyatakan pada Jumaat bahawa ia akan memberi kemas kini lanjut pada masa yang sesuai.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan