Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMRT lantik 3 pegawai baru, tingkat operasi dan penyenggaraan kereta api

Pengendali pengangkutan SMRT melantik tiga pegawai eksekutif baru dalam usaha untuk "mengukuhkan" fokusnya terhadap operasi kereta api dan penyenggaraan.

Anggaran Waktu Membaca:
SMRT lantik 3 pegawai baru, tingkat operasi dan penyenggaraan kereta api

Gambar fail MRT. (Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP)

Diterbitkan : 01 Feb 2018 10:34PM Dikemas Kini : 01 Feb 2018 10:36PM

SINGAPURA: Pengendali pengangkutan SMRT melantik tiga pegawai eksekutif baru dalam usaha untuk "mengukuhkan" fokusnya terhadap operasi kereta api dan penyenggaraan.

Dalam satu memo dalaman hari ini (1 Feb), SMRT mengumumkan pelantikan Encik Alvin Kek sebagai ketua pegawai operasi (landasan). Encik Chia Chun Wah dan Encik Yee Boon Cheow pula dilantik sebagai ketua pegawai penyenggaraan.

Ketiga-tiganya mula berkuatkuasa hari ini (1 Feb).

Encik Kek juga merupakan naib presiden kanan bagi operasi kereta api. Encik Kek akan menyelia operasi-operasi bagi Laluan Utara-Selatan (NSL) dan Laluan Timur-Barat (EWL), Laluan Circle, dan Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Panjang.

Bagi memastikan "regim penyenggaraan yang rapi" dan "fokus lebih baik" untuk mengukuhkan lagi keupayaan kejuruteraan dan pembaharuan aset yang sedang dijalankan, SMRT menyatakan ia akan melantik dua ketua pegawai penyenggaraan.

"Dengan peralihan kepada rangka kerja pendanaan kereta api baru dan pemindahan aset operasi kepada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Oktober 2016, kami bekerjasama dengan LTA untuk memperbaiki sistem kereta api melalui rejim-rejim penyenggaraan dan operasi, dan bagi menangani bersama keperluan penyenggaraan dan pembaharuan sistem kereta api," menurut SMRT.

Naib presiden kanan bagi penyenggaraan dan kejuruteraan Chia Chun Wah dilantik sebagai Ketua Pegawai Penyenggaraan 1.

Beliau akan terus menjadi ketua bagi semua kerja-kerja penyenggaran dan kejuruteraan pada semua kereta api SMRT.

Encik Yee Boon Cheow, yang ditugaskan dari LTA, dilantik sebagai Ketua Pegawai Penyenggaraan 2. Beliau juga akan mengetuai Pejabat Penyenggaraan Bersepadu. Ini sebahagian daripada usaha bersama LTA-SMRT untuk "meningkatkan keupayaan kereta api dan prestasi sistem", menurut SMRT.

Pengendali pengangkutan itu mendapat perhatian ramai menyusuli beberapa insiden besar yang berlaku.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan