Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMRT gantung khidmat pengurus stesen selepas kereta api bergerak dengan pintu terbuka

SMRT menggantung khidmat seorang pengurus stesen MRT selepas beliau "melakukan kesilapan", yang menyebabkan sebuah kereta api bergerak dengan pintunya masih lagi terbuka, menurut pengendali pengangkutan itu dalam satu kenyataan hari ini (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Mar 2019 12:09PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 12:21AM

SINGAPURA: SMRT menggantung khidmat seorang pengurus stesen MRT selepas beliau "melakukan kesilapan", yang menyebabkan sebuah kereta api bergerak dengan pintunya masih lagi terbuka, menurut pengendali pengangkutan itu dalam satu kenyataan hari ini (11 Mac).

Insiden itu melibatkan sebuah kereta api yang baru sahaja meninggalkan stesen MRT Ang Mo Kio di laluan Utara-Selatan pada sekitar 7.30 malam pada Isnin (11 Mac), kata Naib Presiden Perhubungan Korporat SMRT Margaret Teo.

Pengurus stesen berkenaan sedang menangani kerosakan pada pintu kereta api semasa berada di dalam kereta api tersebut apabila ia mula bergerak dengan pintunya masih lagi terbuka, kata Cik Teo.

Beliau menambah bahawa pengurus stesen itu dengan segera memberitahu semua penumpang supaya jangan mendekati pintu tersebut.

"Pengumuman dibuat bagi memberitahu para penumpang supaya menjauhkan diri daripada pintu itu dan memegang susur tangan," katanya.

Selepas bergerak sejauh sekitar 200 meter, kereta api itu berhenti dan kemudian melakukan perjalanan kembali ke stesen MRT Ang Mo Kio, di mana para penumpang turun daripada kereta api itu dengan selamat, kata Cik Teo.

"Siasatan awal mendapati bahawa pengurus stesen itu membuat satu kesilapan yang membolehkan kereta api tersebut bergerak meskipun pintunya masih terbuka.

"Kami sudahpun menggantung khidmat pengurus stesen itu dengan serta merta," katanya, sambil menambah bahawa kereta api tersebut tidak lagi beroperasi.

"Keselamatan adalah keutamaan kami. Kami meminta maaf atas insiden tersebut."

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan