Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMRT beri maklumat masa nyata mulai bulan depan

Menjelang September tahun depan, para penumpang kereta api SMRT boleh mendapatkan masa ketibaan kereta api pada masa nyata. Ini termasuk masa yang diambil para jurutera untuk memperbetulkan kerosakan, menurut syarikat pengendali kereta api tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
SMRT beri maklumat masa nyata mulai bulan depan

Gambar fail para penumpang di stesen MRT Queenstown.

Diterbitkan : 29 Nov 2017 08:40AM Dikemas Kini : 29 Nov 2017 08:43AM

SINGAPURA: Menjelang September tahun depan, para penumpang kereta api SMRT boleh mendapatkan masa ketibaan kereta api pada masa nyata. Ini termasuk masa yang diambil para jurutera untuk memperbetulkan kerosakan, menurut syarikat pengendali kereta api tersebut.

Dalam satu catatan Facebook semalam (28 Nov), SMRT manyatakan bahawa peningkatan pada aplikasi SMRTConnect Mobile itu akan dilancarkan dalam tiga fasa mulai bulan depan.

Sistem maklumat masa nyata yang baru itu akan mengandungi masa ketibaan kereta api termasuk masa yang diperlukan para jurutera landasan SMRT untuk memperbetulkan kerosakan dan khidmat kembali beroperasi serta tahap kesesakan di stesen.

Para penumpang juga boleh mendapatkan maklumat tentang berapa banyak kereta api yang harus mereka tunggu sebelum ada yang berhenti dan pada fasa kemudiannya, pintu mana yang boleh mereka tunggu untuk masuk gerabak yang kurang sesak , tambah SMRT.

SMRT juga menyatakan ia akan menggunakan data yang terkumpul untuk mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai tahap kesesakan di stesen. Ini termasuk data tambang, akses Wi-Fi, kapasiti kereta api dan maklumat dari kamera CCTV.

Pada bulan November ini, berlaku beberapa gangguan kereta api yang tidak diketengahkan SMRT di wadah media sosial syarikat itu.Ia mengundang kritikan daripada segelintir penumpang tentang kurangnya maklumat masa nyata yang disediakan.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan