Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SME industri media akan dapat bantuan pemerintah majukan keupayaan digital

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam industri media akan mendapat bantuan pemerintah bagi memajukan keupayaan digital masing-masing berikutan pelancaran Pelan Digital Industri Media atau IDP, hari ini (5 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Dec 2018 08:48PM Dikemas Kini : 06 Dec 2018 12:23AM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam industri media akan mendapat bantuan pemerintah bagi memajukan keupayaan digital masing-masing berikutan pelancaran Pelan Digital Industri Media atau IDP, hari ini (5 Dis).

Menteri Negara Kanan, Sim Ann, mendedahkan inisiatif itu semasa pelancaran Forum dan Pemasaran TV Asia.

Beliau berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha pemerintah untuk membantu SME mengharungi persekitaran digital yang semakin mencabar.

Menurut Cik Sim di peringkat permulaannya, IDP akan membantu SME menilai tahap kesediaan digital masing-masing dan mencari huraian yang sesuai bagi meningkatkan perniagaan.

Latihan juga disediakan bagi semua karyawan media untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Ini termasuk menyertai kursus-kursus pengenalan digital di samping latihan khusus untuk memastikan mereka melangkah seiring dengan perubahan industri itu. 

Sumber : CNA/SS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan